top of page

Pegawai perubatan dilantik tetap dibayar gaji berpatutan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 21, 2024
  • 1 min read

ree

Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap oleh Kementerian Kesihatan (KKM) ditawarkan gaji berdasarkan akhir semasa lantikan kontrak.


Menteri KKM Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dipetik laporan Sinar Harian berkata, kelulusan khas itu juga turut terpakai sekiranya dilantik secara kontrak interim kelak.


"Oleh itu, dakwaan bahawa kerajaan tidak mengambil kira pengalaman dan memberi gaji yang rendah (kembali ke asas) adalah tidak tepat.


"Ini kerana segala pergerakan gaji tahunan di jawatan kontrak turut diambil kira untuk penetapan gaji permulaan di jawatan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," katanya menurut laporan itu.


Terdahulu, seramai 422 pegawai perubatan lantikan kontrak KKM akan melengkapkan tempoh maksimum kontrak tujuh tahun mulai bulan ini hingga November hadapan.


Pegawai perubatan yang menamatkan kontrak pada tahun ini berpeluang untuk memohon dalam urusan pengambilan khas yang dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bulan ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page