top of page

Pegawai kanan universiti terlibat siasatan gangguan seksual perlu bercuti



Kakitangan Institut Pengajian Tinggi yang disiasat dalam kes gangguan seksual seharusnya diarah bercuti sehingga siasatan dilengkapkan.


Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, pegawai kanan di sebuah universiti tempatan yang baru-baru ini disiasat di atas kes gangguan seksual tidak wajar sama sekali dibenar meneruskan tugasnya.


"Dulu saya pernah bangkit dalam perbahasan Parlimen tentang kes gangguan seksual di ASWARA. Hari ini saya amat sedih kerana menerima emel yang mengandungi keratan laporan berita Harian Metro bertarikh 29 Disember 2020 tentang kes cabul di satu lagi universiti. Emel itu juga menyatakan beberapa dakwaan khusus yang agak membimbangkan.


"Saya difahamkan ini satu universiti ternama dan melibatkan pegawai yang sangat kanan.


"Ini bukan satu berita yang baik, dan seharusnya pegawai sangat kanan itu berehat sehingga selesai seluruh siasatan. Tugas beliau seharusnya diambil alih oleh pegawai-pegawai lain pada waktu ini," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Fahmi mahu menteri Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad memberi arahan sewajarnya agar siasatan tidak terganggu dan mangsa akan benar-benar mendapat pembelaan dalam kes berkenaan.


"Saya harap Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Dr Noraini dapat beri penjelasan tentang isu ini kerana ia melibatkan nama baik institusi tersebut. Saya sedia bertemu YB Menteri.


"Saya juga harap pihak polis akan dapat meneruskan siasatan sehingga lengkap," katanya lagi.





0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page