top of page

'Pegang' institusi Istana: DAP N Sembilan lapor polis

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 27
1 min read
Pemimpin DAP N Sembilan membuat laporan polis ke atas pemimpin Umno Rembau
Pemimpin DAP N Sembilan membuat laporan polis ke atas pemimpin Umno Rembau

Laporan polis dibuat ke atas Ketua Penerangan Umno Bahagian Rembau, Shukri Shamsuddin, susulan dakwaan beliau bahawa institusi Istana 'dipegang' DAP yang didakwa dibuat tanpa sebarang asas.


Setiausaha Publisiti DAP Negeri Sembilan, Lim Chun Weng, membuat laporan polis berkenaan selepas beliau menonton video yang tular di Facebook.


Menurut Chun Weng, dakwaan berkenaan bukan sahaja tidak benar malah boleh memberikan gambaran palsu kepada masyarakat bahawa DAP mempunyai pengaruh atau mengawal institusi istana.


"Saya berpendapat bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, berunsur fitnah dan dibuat tanpa sebarang asas fakta.


"Kenyataan sedemikian boleh memberikan gambaran palsu kepada masyarakat bahawa DAP mempunyai pengaruh atau mengawal institusi istana, sedangkan dakwaan tersebut tidak pernah dibuktikan," katanya dalam laporan polis.


Beliau berkata, kenyataan sedemikian berpotensi mencetuskan salah faham serta menghasut kebencian dalam kalangan masyarakat kerana menyentuh isu sensitif berkaitan institusi diraja.


"Sebagai seorang pemimpin politik, Shukri Shamsuddin sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan kepada umum dan tidak menyebarkan dakwaan yang berunsur fitnah serta boleh mengganggu ketenteraman awam," kata Chun Weng.


Sehubungan itu, beliau memohon Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan kerana percaya kenyataan tersebut mungkin melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) dan/atau Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page