top of page

Pedoman akhlak penting melawan kerosakan korupsi - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 8, 2022
  • 1 min read



Reformasi menetang rasuah harus mengutamakan pedoman akhlak bagi menghasilkan masyarakat dan negara berintegriti.


Hal itu ditekankan oleh Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek.


Menurut beliau, rakyat yang tidak gemar diperingatkan akan perilaku rasuah atau korupsi lambat laun tidak akan segan silu melakukan amalan tersebut.


"Krisis moral ini telah memperlihatkan perangai meratib dan menjulang (memuliakan) pesalah yang sudah pun mendapat jolokan “national embarrassment” oleh para hakim


"Pencegahan rasuah melalui aspek perundangan tidaklah memadai jika tiada penekanan pada integriti dan moral.


"Oleh itu, transformasi perlu bermula pada peringkat yang paling asas merangkumi kesedaran rohani, moral dan etika," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Ahli Dewan Negara itu, mengambil mutiara kata pujangga, individu yang berbudi pekerti dan bermoral tinggi akan menjalani kehidupan secara bermaruah dengan tidak dinilai melalui kemewahan.


Katanya, dalam soal rasuah tangan yang memberi adalah sama hukumnya dengan tangan yang menerima. Negara akan binasa sekiranya rasuah dijadikan budaya masyarakat.


"Oleh itu, budi dan moral merupakan langkah utama yang dapat mencegah dan menjauhkan diri insan daripada kegiatan rasuah.


"Kepimpinan bermoral tinggi mempunyai hubungan kukuh untuk menghasilkan keberkesanan tadbir urus yang baik," katanya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page