top of page

Pedofilia digital: Ketatkan pengawasan platform media sosial - Nurhidayah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Komunikasi dan Digital diseru memperketat pengawasan terhadap platform media sosial dan aplikasi perbualan, selain mempergiat kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menjejaki serta mendakwa pelaku jenayah pedofilia.


Ketua Srikandi KEADILAN Pusat, Nurhidayah Che Rose (gambar) berkata seruan itu dilakukan susulan negara digemparkan dengan penularan sebuah kumpulan di media sosial melibatkan pelajar sekolah, dipercayai menjadi sasaran pemangsa seksual dewasa yang menyebarkan kandungan berunsur eksploitasi.


"Kami melahirkan kebimbangan serius terhadap peningkatan kes jenayah seksual kanak-kanak, khususnya melibatkan pedofilia digital yang semakin membimbangkan.


"Laporan CyberSecurity Malaysia menunjukkan lebih 49,000 alamat IP dari Malaysia telah terlibat dengan bahan pornografi kanak-kanak pada tahun 2022 satu peningkatan ketara berbanding 9,000 alamat IP pada tahun 2019.


"Angka itu cukup untuk membuktikan bahawa jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak semakin membarah dan memerlukan tindakan segera," katanya dalam kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Nurhidayah berkata pihaknya turut menggesa agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberikan tumpuan yang serius terhadap isu tersebut.


"Saya menyeru semua pihak berganding bahu dalam usaha melindungi anak-anak daripada kerakusan yang semakin meracuni ruang digital negara," ujar beliau lagi.


Sebelum ini, dilaporkan tular satu kumpulan awam di Facebook dikenali sebagai ‘Grup Budak-budak Sekolah Rendah’ yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat susulan penyebaran gambar remaja perempuan dengan tujuan tidak senonoh.


Kumpulan di platform digital itu bagaimanapun didapati tidak lagi boleh diakses sejak petang Rabu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page