top of page

Pecat Speaker Parlimen agenda PN kuasai SPR?



Kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) didakwa mempunyai agenda lebih besar apabila mengusulkan penamatan khidmat Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Yusuf pada 13 Julai ini.


Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa, kerajaan PN berkemungkinan besar mahu menguasai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan membawa nama pengerusi badan itu, Datuk Azhar Harun, ke Parlimen bagi dilantik sebagai Speaker baharu.


"Saya rasa track record Tan Sri Ariff cukup jelas. Semua orang tahu apa yang dia telah lakukan. Banyak reformasi Parlimen telah dan akan dibuat jika dia diteruskan (sebagai Speaker).


"Tetapi saya lihat dalam hal ini agenda kerajaan PN, mereka lebih berminat untuk menguasai dan mengawal SPR (melalui pemecatan Speaker). Itu lebih penting kepada mereka.


"Sebab itu mereka nak kosongkan (jawatan Pengerusi SPR). Bila mereka kosongkan, bawa nama Datuk Azhar Harun kepada Parlimen. Saya lihat ini agenda tersirat kerajaan PN. Inilah yang mereka mahu capai.


"Cuma bagi saya rekod Tan Sri Ariff begitu baik. Tidak ada apa-apa alasan pun untuk hentikan dia di tengah penggal. Kecuali Speaker meninggal dunia, uzur tidak boleh buat kerja atau tidak berfungsi lagi. Keadaan Speaker dikeluarkan di pertengahan penggal memang luar biasa," katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen.


Sidang parlimen pada 13 Julai ini akan menyaksikan 4 usul bersejarah dikemukakan. Usul pertama pertukaran Speaker manakala usul kedua menamatan khidmat Timbalan Speaker Nga Kor Ming. Seterusnya usul ketiga mencalonkan Azhar Harun sebagai Speaker baharu dan usul keempat, Azalina Othman Said sebagai timbalannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page