top of page

Pecah cermin kereta ADUN: Elak perbuatan ekstremis, politik melampau



Rakyat Malaysia digesa untuk mengekalkan ketenteraman awam dan tidak bersikap melampau dalam berpolitik.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Padang Besar, Leong Chee Wei (gambar, kanan), insiden yang menimpa ke atas ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling tidak akan berlaku sekiranya masyarakat Malaysia yang berbeza latar belakang kaum dan agama bersikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.


"Malangnya, pada 25 Mac lalu, warga Perlis dikejutkan dengan tindakan ekstrem seorang individu yang telah memecahkan cermin kenderaan milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, YB Gan Ay Ling dengan menggunakan bata. Tindakan melampau ini dikhuatiri mempunyai kaitan dengan perbezaan fahaman politik.


"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang ghuluw dan melampaui batas ini.


"Penyemaian benih ekstremis ini perlu dihentikan sebelum ia mengakar sehingga menjejaskan keharmonian serta ketenteraman negara yang selama ini kita usaha untuk kecapi bersama," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Chee Wei, perbuatan merosakkan harta benda peribadi itu tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan undang-undang kerana jika dibiarkan dikhuatiri masyarakat akan memandang perbuatan ekstremis seperti itu sebagai insiden remeh dan terpencil.


"Walau apa sahaja fahaman politik, kita perlulah berfikiran rasional, jangan kita melampau berbalah akibat ideologi politik yang berbeza.


"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas tindakan pantas yang diambil bagi mengawal keadaan serta menjalankan siasatan segera sehingga suspek dapat ditahan dalam masa yang begitu singkat," katanya.


Kelmarin, polis menahan seorang mekanik motosikal dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap dua kereta milik Gan Ay Ling sehingga mengalami keretakan cermin hadapan dan kemek di bahagian fender hadapan.


Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 36 tahun itu yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor ditahan di tempat kerjanya di sebuah bengkel motosikal di Kangar kira-kira pukul 4 petang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page