top of page

PeBS tampil kelainan, anjur Ride to Lead sebagai perintis lahir pemimpin belia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 13 minutes ago
  • 1 min read

 Khairul Naim (di sebelah kuda) dalam program sulung Bengkel Asas Berkuda: Ride to Lead
 Khairul Naim (di sebelah kuda) dalam program sulung Bengkel Asas Berkuda: Ride to Lead

Oleh: Azuan Ab Rahman


Penggerak Belia Selangor (PeBS) MBSA Zon 16 menganjurkan program sulung Bengkel Asas Berkuda: Ride to Lead sebagai inisiatif perintis pembangunan pemimpin belia pada masa hadapan.


Pengerusinya, Khairul Naim Rafidi berkata, program digerakan dengan sokongan Majlis Sukan Negeri Selangor serta kerjasama Algontory Stable itu bukan sekadar aktiviti sukan, sebaliknya platform membentuk pemimpin yang matang dari segi emosi, memiliki disiplin diri dan keupayaan memimpin diri sendiri.


"Program ini ditawarkan secara percuma sebagai komitmen PeBS memastikan akses pembangunan belia yang inklusif selari dengan hala tuju pembangunan belia Negeri Selangor yang menekankan pembangunan belia berteraskan nilai, disiplin dan kepimpinan akar umbi.


"Berkuda dipilih sebagai medium latihan kerana ia menuntut kesabaran, ketenangan, keyakinan dan tanggungjawab, selain mempunyai akar tradisi sebagai satu bentuk tarbiyah yang menghubungkan kawalan diri, kepercayaan dan disiplin.


"Pada acara itu, peserta turut didedahkan kepada asas pengurusan kuda (grooming) dan teknik menunggang sebagai pembelajaran berasaskan pengalaman," kata beliau dalam satu kenyataan.


Program dirasmikan Ahli Jawatankuasa Belia Majlis Sukan Negeri Selangor, YB Muhammad Izuan Ahmad Kasim dan turut dihadiri Pegawai Penyelaras Majlis Sukan Selangor Nur Suraya Ellyna Zainal Abidin.


Dalam kenyataannya, Khairul Naim yang juga Ketua Biro Guaman dan Aduan Awam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia memaklumkan, program menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan dihadkan kepada 20 peserta

"Ride to Lead sebagai satu inisiatif perintis yang berpotensi untuk dikembangkan sebagai model rujukan pembangunan belia pada masa hadapan. PeBS komited untuk menjadikan program ini sebagai medium berterusan dalam melahirkan pemimpin muda," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page