top of page

PdPR kembali, segerakan bantuan 150,000 komputer riba - AMK Johor


Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdRP) kembali dilaksanakan minggu ini pada waktu pelajar, ibu bapa dan kerajaan kurang bersedia sama ada dari segi alat bantu belajar mahu pun kaedah pengajaran.


Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Mohamad Nasir Md Salleh dan Exco AMK Johor, Aziz Shari (gambar, atas) pelaksanaan PdPR sekali lagi pada tahun 2021 ini mengulangi kebimbangan ibu bapa dari keluarga B40 bahawa anak-anak mereka akan keciciran tanpa peranti kombuter riba atau tablet untuk belajar secara atas talian.


"Berkali-kali gesaan dibuat agar Kementerian Pendidikan menyediakan suatu pelan strategik jangka sederhana berhubung pelaksanaan PdPR supaya ianya dapat dilaksanakan dalam suasana lebih kondusif bukan hanya kepada pelajar, bahkan juga kepada guru, ibu bapa serta kakitangan pentadbiran sekolah


"Janji manis kerajaan sewaktu perbentangan Belanjawan 2021 berkenaan inisiatif bantuan 150,000 buah komputer riba dari kalangan pelajar keluarga B40 seperti tinggal janji.


"Menteri Pendidikan pula sering berdolak dalik kononnya komputer riba akan diserah pada Januari 2021, kemudiannya dianjak kepada Febuari 2021 tetapi sehingga kini masih gagal dibuat.


"Tambah mendukacitakan, Yayasan Hasanah yang dilantik kerajaan mengendalikan bantuan menyatakan 50,000 komputer riba dijangka diterima pada Mei 2021 dan baki 100,000 lagi akan selesai menjelang September 2021. Adakah Belanjawan 2021 dibentang secara semberono bagi memberi gambaran baik kepada kerajaan, namun hakikatnya begitu meleset?" tanya mereka dalam satu kenyataan.


Kegagalan pemberian alat bantu pembelajaran dalam waktu terdekat, menurut pimpinan AMK Johor, akan pasti menyuramkan masa hadapan para pelajar, terutama yang akan menghadapi peperiksaan penting.


Sehubungan itu, mereka menyeru agar peruntukan disegerakan dengan apa cara sekalipun agar para pelajar malang berkenaan tidak perlu menunggu sehingga beberapa bulan lagi sebelum memperolehi alat bantu pembelajaran.


"Sudah pasti ini menambahkan keresahan tentang masa hadapan pelajar yang bergelut mengikuti sesi persekolahan dalam kaedah PdPR. Tentunya ini akan menyumbang kepada risiko keciciran pelajaran yang lebih ketara.


"AMK Malaysia sebelum ini pernah mencadangkan agar suatu ‘task force bersepadu pendidikan' yang turut melibatkan Ahli Parlimen Pembangkang diwujudkan, tetapi jawatankuasa itu seperti tidak mendapat sambutan daripada kerajaan.


"Oleh itu, AMK Johor menggesa agar bantuan komputer riba disegerakan. Janganlah kerana kegagalan kerajaan mengurus tadbir negara, masa hadapan pelajar sekolah yang menjadi tunjang negara suatu masa nanti dipertaruhkan," kata mereka lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page