top of page

PdPR: Di manakah bahan kandungan digital pembelajaran maya milik KPM?


Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara online, offline dan offsite sejak pengumuman sejak Perintah Kalawan Pergerakan 1.0 tahun lalu, telah menjadi norma baharu dalam kehidupan para pelajar dan pendidik di negara ini.


Sejak Mac tahun lalu, guru di sekolah rendah dan menengah terpaksa kandungan pengajaran digital di internet bagi memudahkan ilmu diajar kepada murid-murid.


Namun, menurut mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, terdapat cara yang sepatutnya lebih memudahkan sesi PdPR, iaitu dengan menggunakan bahan kandungan digital yang telah sedia dihasilkan sejak beberapa tahun lalu.


"Saya tabik hormat kepada guru di 10,224 buah sekolah yang terus komited untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran kepada anak murid tetap dilaksanakan walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan masalah liputan internet mengakses bahan PdP di sesetengah kawasan


"Hakikatnya terdapat warga pendidik mengambil inisiatif mengeluarkan wang gaji sendiri membeli peralatan seperti kamera webcam, bahkan ada juga yang membina studio mini di rumah bagi membina video kandungan digital secara penstriman siaran langsung untuk tujuan PdPR.


"Walau bagaimanapun, saya berasa musykil ke manakah perginya bahan-bahan digital multimedia eBahan dan Courseware Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang pernah dibangunkan suatu waktu dahulu, yang berada di ‘Moe Repository’ di Frog VLE (YTL).


"Saya ingat lagi, waktu saya di Kementerian, bahan-bahan ini telah dibekalkan melalui CD ke sekolah-sekolah. Bahan-bahan tersebut telah dinaiktaraf formatnya dengan kos kepada kerajaan kepada format Sharable Content Object Reference Model (SCORM) dan digunapakai secara atas talian melalui Repository Moe di Frog VLE, sebelum portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) diwujudkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau lagi, sekiranya bahan kandungan digotal itu boleh diakses maka akan lebih mudah para guru untuk mengongsikan kepada murid melalui melalui jaringan Youtube, Facebook, Twitter, Whatsapp dan telegram serta DELIMa.


Katanya, DELIMa merupakan pelantar milik KPM yang menawarkan perkhidmatan percuma di Google Classroom sejak menggantikan Pelantar Frog VLE setelah tamatnya kontrak 1Bestarinet pada 30 Jun 2019, semasa beliau masih lagi menerajui Kementerian Pendidikan.


Tambah Dr Maszlee, hampir 5 juta murid dan 411,000 guru telah dibekalkan ID untuk mengakses portal DELIMa untuk mendapatkan bahan digital seperti Buku Teks Digital Asas (BTDA), Video On Demand Video Kurikulum Portal EduwebTV dan pautan aplikasi percuma Google Classroom juga Canva.


"Untuk rekod, bahan kandungan multimedia eBahan dan courseware interaktif yang telah dibangunkan menggunakan peruntukan kerajaan diselia oleh pemegang taruh pada ketika itu melalui Sektor Pembangunan Epembelajaran, di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM. Maknanya, bahan-bahan tersebut merupakan hak milik KPM.


"Mewakili rakyat dan warga pendidik, saya ingin penjelasan daripada Menteri Kanan Pendidikan dan 2 Timbalan Menteri Pendidikan hari ini, di manakah repositori digital ebahan dan courseware interaktif bernilai hampir sebilion ringgit, yang telah dibangunkan oleh KPM melalui syarikat yang telah dianugerah kontrak sejak bermulanya Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah ini, sekarang?" tanya.


Tegas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, bahan digital ebahan dan courseware yang telah dibangunkan oleh vendor KPM, sepatutnya boleh diakses melalui pelantar DELIMa dan boleh digunakan oleh guru dan murid-murid semasa berlakunya pandemik Covid-19.


"Bahan-bahan tersebut saya kira boleh mengurangkan tekanan guru bagi persediaan PdPR murid. Sekarang ini, majoriti guru-guru terpaksa membuat kandungan baharu, walaupun bahan-bahan lama tersebut pernah ada dan boleh digunapakai oleh KPM.


"Hal ini memerlukan penjelasan dari KPM," katanya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page