top of page

'PCM jangan jadi parti nyamuk cari cahaya spotlight'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

Parti Cinta Malaysia (PCM) tidak perlu menjadi nyamuk yang 'bising' pada telinga manusia dalam mencari perhatian berhubung isu titah adendum membenarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak ditahan di rumah.


Bagi Ketua Biro Mobilisasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Bariqul Zaman Batharul Zaman (gambar), kenyataan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan yang mahu titah itu dilaksanakan segera jelas menunjukkan bahawa beliau lebih suka menyalak politik murahan daripada memahami undang-undang negara.


"Titah Addendum bukan tiket ‘express VIP’ yang boleh dilaksanakan hanya kerana desakan politik. Malaysia ada Perlembagaan, sistem kehakiman, dan proses sah undang-undang.


"Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan titah tanpa pengesahan mahkamah dan Jabatan Peguam Negara. Hanya kerajaan yang lemah dan tidak berintegriti akan mengikut telunjuk suara-suara nyamuk yang mencari perhatian.


"PCM sepatutnya cermin diri dulu. Dalam sejarah pilihanraya, berapa kali rakyat beri mandat? Nak nasihat kerajaan soal undang-undang, tetapi tidak pernah lulus ujian rakyat. Maka jangan jadi parti yang hanya muncul ketika ada peluang menumpang isu besar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Bariqul Zaman, Kerajaan Madani tidak akan tunduk pada ugutan atau retorik seperti ini. Permohonan ‘gag order’ oleh Peguam Negara adalah langkah profesional untuk memastikan perbicaraan lanjut berkenaan titah tersebut di mahkamah tidak akan menjadi gelanggang politik dan media.


Hal itu, katanya, membuktikan kerajaan tegas dalam mempertahankan prinsip ‘Rule of Law’, bukannya ‘Rule of Nyamuk’.


"Kami di AMK Malaysia mahu mengingatkan PCM, keadilan bukan ditentukan oleh suara paling bising tetapi oleh undang-undang dan fakta. Kalau PCM nak tunjuk hero, silakan ke mahkamah, bukan ke depan kamera untuk berdrama.


"PCM, jangan jadi parti nyamuk yang fikir dirinya helang. Rakyat sudah lama tahu siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya pandai bising untuk dapat perhatian," katanya lagi.


Semalam Presiden PCM menegaskan rakyat tidak berminat dengan pertemuan politik antara Perdana Menteri dan pemimpin UMNO bagi membincangkan hal titah adendum tetapi rakyat mahu kerajaan melaksanakan titah tersebut.


Untuk rekod, Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini telah memfailkan notis usul memohon kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes berkaitan isu titah adendum.


Menurut AGC, terdapat percanggahan pandangan antara keputusan Mahkamah Tinggi dan penghakiman majoriti serta minoriti di Mahkamah Rayuan. Perkara ini menimbulkan keperluan untuk mendapatkan kepastian dan undang-undang yang jelas daripada Mahkamah Persekutuan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page