top of page

PBT Selangor utamakan pembinaan kemudahan ruang jalan kaki selesa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha memastikan keselesaan rakyat di negeri itu selaras agenda pembangunan mampan, dan pertumbuhan berasaskan kesejahteraan rakyat


Menurut Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han (gambar), pihaknya sudah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor supaya memberi keutamaan membina laluan pejalan kaki menghubungkan kawasan sekitar dengan stesen pengangkutan awam.


Tambahnya, selain memastikan keselamatan dan keselesaan orang ramai, langkah itu turut bertujuan mengatasi isu jurang hubungan (missing link) ke kemudahan pengangkutan awam.


"Arahan sudah diberi kepada semua PBT, bukan PBT di bawah LRT3 (Transit Aliran Ringan 3) sahaja. Ini melibatkan semua PBT, yang mana mereka perlu memastikan missing link kepada stesen pengangkutan yang sedia ada itu dilengkapkan.


"Jadi tumpuan bagi PBT untuk tahun ini dan tahun yang akan datang adalah untuk membina kemudahan pejalan kaki yang lebih selamat dan selesa kepada pengguna," katan dipetik pada Forum Aeroangkasa Selangor (SAF) 2026 di MAEPS pada Jumaat.


Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan, Kerajaan Negeri turut mengadakan libat urus secara berterusan dengan pengendali pengangkutan seperti Rapid On-Demand.


Sesi tersebut bagi memastikan keperluan sambungan perjalanan pertama dan terakhir (first mile dan last mile) dapat dipenuhi selepas LRT 3 beroperasi.


"Kerajaan Negeri telah mengadakan libat urus bersama Prasarana beberapa kali untuk perkhidmatan rapid on demand. Mereka telah ada rancangan yang saya nampak agak komprehensif untuk liputan di kebanyakan kawasan sepanjang jajaran itu.

"Libat urus itu akan sentiasa diadakan bersama pengendali-pengendali supaya kita dapat beri perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna sepanjang LRT 3," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page