top of page

'Payung besar' Tun M retorik lapuk pemimpin kecewa - Dr Taufiq Johari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 7
  • 2 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatukan semua parti berteraskan Melayu di bawah satu gabungan dianggap sebagai langkah terdesak dan berpura-pura.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari menyifatkan gagasan tersebut dibentuk bagi mengalih perhatian masyarakat dari kegagalan pembangkang menawarkan dasar alternatif yang kukuh dalam landskap politik semasa.


"Gabungan Perikatan Nasional (PN) dilihat terus bergantung kepada permainan politik negatif dan bersifat konfrontasi.


"PN kononnya mahu menyatukan Melayu, sedangkan Mahathir dan Pas sendiri banyak kali menjadi punca perpecahan.


"Mahathir keluar UMNO tubuh Bersatu, kemudian tinggalkan Bersatu untuk tubuh Pejuang. Pas pula memutuskan kerjasama Muafakat Nasional dengan UMNO," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Terdahulu, Dr Mahathir dalam satu sidang media pada Rabu mengumumkan inisiatif baharu untuk menggabungkan orang Melayu di bawah satu payung melalui Sekretariat Orang Melayu dengan dakwaan kononnya untuk ‘mengembalikan kuasa Melayu.


Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.


"Apa sebenarnya maksud Mahathir dengan ‘mengembalikan kuasa Melayu’? Siapa yang hilang kuasa? .


"Kerajaan Madani hari ini ialah satu gabungan pelbagai kaum yang seimbang, dengan kepimpinan Melayu yang kukuh dan mewakili semua komuniti serta wilayah.


"Perhimpunan itu tidak lebih sekadar pertemuan melibatkan 'pemimpin kecewa' yang cuba mengalih perhatian rakyat dengan naratif palsu," tambah Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat itu.


Justeru, beliau menyeru masyarakat Melayu supaya tidak terpedaya dengan sentimen yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya terus mendukung kerangka perpaduan dan kemajuan bersama yang dibawa oleh kerajaan Madani.

Cadangan dibawakan Mahathir itu tegasnya hanyalah percubaan menghidupkan semula politik lama yang telah ditolak yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page