
Pertubuhan Wanita Pawana (PAWANA) dan @KelabKitaBudakAmpang baru-baru ini memberi sumbangan kepada ibu-ibu tunggal di sekitar Pangsapuri Seri Impian, Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Ampang.
Menurut aktivis KEADILAN Ampang, Hans Isaac (berbaju putih), program tersebut begitu memberi makna kepada ibu-ibu tunggal di sana dalam menghadapi kesuraman ekonomi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang belum berkahir.
"Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat. Pada saya, inilah hadiah paling istimewa sempena Hari Lahir saya yang ke 50, dapat bersama dengan masyarakat.
"Terima kasih juga kepada sahabat saya, aktivis masyarakat Saudara Iswardi Morni yang turut sama meluangkan masa bersama dan semoga sokongan ini sentiasa diberkati," katanya.
