PAU25: Pembahas Kelantan mohon tabah kuota rumah PPRT, PPR, keperluan asas
- Suara Keadilan

- 5 hours ago
- 1 min read

Oleh: Noraini Nordin
Sorotan khas PAU25 -WTC: Pembahas yang mewakili Negeri Kelantan, Wan Mahussin Wan Zain (gambar) berkata, dimensi politik hari ini telah berubah iaitu 60% keputusan pilihanraya bergantung kepada pengundi muda.
Oleh itu katanya, dengan adanya jalinan dengan Kerajaan ia akan menjadi nadi untuk menghubungkan dengan pengundi muda.
Ego rakyat Kelantan
Beliau berkata, Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kerana melalui MARA telah memberikan banyak peluang menggerakkan agenda pendidikan anak muda melalui Yayasan Pelajaran MARA.
"Keadaan kami di Kelantan tidak sama dengan negeri-negeri yang lain. Keadaan rakyat masih berhadapan dengan isu asas yang tidak berkesudahan terutama isu ekonomi, dan sosial rakyat.
"Saya mengharapkan sentuhan YAB melalui agensi Persekutuan dapat membantu kami dalam meningkatkan daya ekonomi rakyat Kelantan. Setiap tahun penghijrahan berterusan anak muda Kelantan merantau mencari punca pendapatan untuk menafkahi keluarga. Amat tidak jujur jika rakyat Kelantan menolak kemajuan tetapi memilih bekerja di negeri maju.
"Sungguh ego rakyat Kelantan tidak terkesan dengan masalah bekalan air bersih tetapi berada di negeri yang airnya jernih.

"Saya mohon Presiden bantulah kami, bisiklah dengan YAB Perdana Menteri agar membantu kami melalui rantaian agensi iaitu Kesedar dan percepatkan penubuhan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara," akui beliau dalam ucapan sebagai pembahas Ucapan Dasar Presiden UMNO hari ini.
Beliau memohon untuk menambahkan kuota rumah PPRT dan PPRS, baik pulih melalui MARA bagi membantu rakyat yang memerlukan kerana Kerajaan yang menggunakan slogan "Membangun Bersama Islam" tidak membangunkan keperluan rakyatnya.









Comments