top of page

Patriotisme, Identiti Nasional: Suara Ibu Bapa yang Semakin Resah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 26
  • 2 min read

Oleh: Sandy Zaliu


ULASAN: Hari ini kami melangkah keluar, menapak ke taman permainan ruang kecil yang dahulu menjadi tempat anak-anak kami berlari, tertawa, dan belajar tentang hidup. Namun yang menyambut kami bukan lagi suasana itu. Sebaliknya, taman itu kini dipenuhi warga asing, ramai di bawah tiket UNHCR (agensi Pelarian dan Pemohon Suaka di bawah PBB). Mereka bukan pelancong, bukan ekspatriat tetapi pelarian yang diberi perlindungan atas dasar ihsan kemanusiaan.


Kami tertanya-tanya sebegitu ramai kah mereka yang dihantar dan diberi perlindungan di Malaysia? Jika benar, mengapa tiada perkampungan khas, penempatan tertutup, atau garis kawalan sosial yang jelas untuk memastikan proses penyesuaian budaya mereka lebih tersusun?


Mengapa mereka bebas berkeliaran di ruang awam seolah-olah ini tanah air mereka, sedang kami sendiri bergelut memelihara akar budaya dan adab masyarakat kita?


Pertahan nilai, adab, jati diri


Kami tidak menolak ihsan. Tetapi kami juga tidak sanggup melihat budaya kita dicairkan, moral kita dicemar, dan semangat patriotisme anak-anak kita diuji di tanah sendiri. Bagi kami, patriotisme bukan sekadar kibaran bendera di bulan Ogos. Ia adalah soal mempertahankan nilai, adab dan jati diri bangsa yang diwariskan dari generasi ke generasi.


Kami sedar, ramai antara mereka lahir di bumi berdarah dan dibesarkan dalam suasana kacau-bilau, lantas membentuk jiwa yang keras, suara yang lantang, dan sikap yang sering bertempik atau bertelagah di tempat awam. Inikah contoh yang akan dilihat dan ditiru oleh anak-anak kami?


Dahulu, kami membesar dalam suasana aman. Ibu bapa kami membiarkan kami bermain bebas, berdikari dan bergaul dengan anak-anak jiran tanpa rasa curiga. Hari ini, kebimbangan kami bukan lagi bersifat sementara tapi ia datang dari sesuatu yang nyata, yang kami saksikan sendiri saban hari.


Malaysia ialah negara MADANI. Namun prinsip MADANI bukan sekadar belas kasihan tanpa batas. Ia harus hadir dengan ketegasan dalam menyusun hak, membina garis sempadan budaya, dan mempertahankan keharmonian sosial. Jika tidak, kami khuatir, ihsan tanpa panduan hanya akan membawa kepada kehilangan jati diri dan kegusaran yang berpanjangan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page