top of page

Pasukan SMART mampu bantu mangsa gempa Turkiye



Perdana Menteri yakin bantuan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar ke Turkiye mampu membantu negara yang ditimpa musibah gempa bumi itu.


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Petaling Jaya pada Isnin berkata, Pasukan SMART adalah kumpulan terlatih untuk kendalikan kes seperti tanah runtuh serta gempa bumi.


Justeru bantuan yang berikan itu jelasnya akan sangat bermakna kepada Turkiye.


"Ada permohonan dari Turkiye selepas negara mereka ditimpa musibah, berikutan itu saya sudah arahkan menteri berkaitan untuk segera siapkan pasukan dan dikirimkan dalam tempoh segera," jelasnya.


Malam tadi seramai 75 anggota SMART digerakkan ke Turkiye bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan negara itu.


Gempa bumi pertama dilapor berlaku kira-kira jam 4.17 pagi dengan tadi lebih 50 gempa susulan, termasuk satu gegaran berukuran 7.5 magnitud yang melanda pada tengah hari ketika pasukan bertungkus lumus melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


Wartawan AFP dan saksi dipetik berkata, gegaran lanjutan itu dirasai hingga sejauh ibu kota Turkiye, Ankara, dan bandar Irbil di Iraq.


Setakat malam tadi kira-kira 1,400 orang dilapor terkorban dalam bencana yang turut melanda Syria itu.


Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat dalam bencana itu, walau bagaimanapun Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.


"Saya amat sedih dengan kehilangan besar nyawa, kecederaan dan kemusnahan besar-besaran berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda wilayah Kahramanmaras berhampiran Gaziantep di Selatan Turkiye pada pagi 6 Februari.


"Gempa bumi besar itu juga menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan korban besar di negara jiran.


"Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga serta semua negara yang terjejas akibat bencana tersebut. Semoga Allah Yang Maha Berkuasa menganugerahi rahmat kepada para korban dan kesembuhan dan ketenangan kepada mangsa lain ," kata Anwar dalam satu hantaran di laman Facebooknya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page