Kerajaan bersetuju untuk memberikan elaun khas RM100 sehari kepada ahli pasukan negara yang terlibat misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar dan prestasi cemerlang ditunjukkan pasukan negara dalam misi tersebut.
"Baru-baru ini saya umumkan tentang kehebatan, pengorbanan SMART, NADMA, ATM, yang telah ke Turkiye sebagai contoh dan kita hadapi sedikit masalah untuk masuk ke Syria.
"Jadi kerana mengenang jasa mereka yang bekerja kita akan pastikan jumlah bantuan elaun khas RM100 setiap hari mereka bertugas.
"Ada yang bertugas selama dua minggu dan sebulan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen semalam
Anwar yang juga Menteri Kewangan baru-baru ini mengadakan lawatan ke Turkiye bagi meninjau keadaan pasukan SAR negara yang bertugas.
Pasukan SAR negara yang terdiri daripada pelbagai agensi berjaya menemukan beberapa mayat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.
Comments