Pasukan Ranting AMK Pandan Mewah raih tempat ketiga Selangor Madani Cup 2025
- Suara Keadilan

- Sep 17
- 1 min read

Pasukan Ranting Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pandan Mewah, atau AS FC, berjaya meraih tempat ketiga dalam kejohanan Selangor Madani Cup 2025 (Kategori Terbuka) dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 baru baru ini.
Ketua AMK Pandan, Mohd Ifwat Hamirudin menyifatkan kejayaan tersebut melambangkan semangat juang anak muda Pandan yang penuh disiplin dan tidak mengenal putus asa.
"Kejayaan ini bukan sekadar angka di atas kertas tetapi simbol semangat juang, disiplin dan kesungguhan anak muda Pandan yang tidak pernah mengenal putus asa.

"Kita bangga kerana pasukan ini telah mengharumkan nama Pandan dan menjadi contoh bahawa dengan kerja berpasukan, apa saja boleh dicapai," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan bahawa AMK Pandan akan terus menyokong penglibatan belia dalam aktiviti positif seperti sukan dan kemasyarakatan, selain menggariskan usaha berterusan untuk pembangunan bakat bola sepak tempatan.
"Kejayaan ini berada dalam rangka perancangan kami untuk pembinaan bakat secara berterusan (continuous talent acquisition and improvement) agar lebih ramai lagi anak muda kita dapat diasah dan menjadi pemain bola sepak yang baik pada masa akan datang," ujarnya.
Mohd Ifwat turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Bendahari AMK Pandan, Shahidah Bahar, yang berperanan sebagai koordinator pasukan, bersama seluruh pemain yang menjadi pemangkin kejayaan.
"Mari kita teruskan semangat ini untuk mengangkat martabat belia Pandan," katanya lagi.









Comments