top of page

Pasukan PEDI, perwakilan penduduk digerak bantu daftar PADU



Pasukan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) akan digerakkan membantu masyarakat mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam Sistem Pangkalan Padu Utama (PADU).


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata demikian ketika ditemui pemberita pada satu program di Kuala Lumpur semalam berkata, ia bagi mencapai sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar PADU menjelang 31 Mac depan.


"Kita ada mekanisme contohnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kita ada MPP dan tempat lain juga ada struktur sama. Jadi selain PEDi, jentera-jentera ini boleh dikerahkan untuk bantu komuniti," katanya dipetik.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sebelumnya meninjau Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi

Selain itu tambah Fahmi berkata, Ahli Parlimen juga boleh menggerakkan jentera mereka dalam menggalakkan lagi proses pendaftaran PADU bagi mencapai sasaran itu.


"Tempohnya baharu sahaja seminggu dibuka, yang celik teknologi maklumat mungkin sudah berjaya isi tetapi untuk capai sasaran menjelang hujung Mac, saya lihat bukan hanya bergantung pada PEDi tetapi Ahli Parlimen juga boleh main peranan," tambahnya.


Menyentuh kenyataan seorang aktivis politik yang berharap bahawa PADU tidak dijadikan bahan kempen ketika Pilihan Raya Umum ke-16 kelak, Fahmi berkata ia tidak akan disalah guna.


"Kalau sebelum ini ada pihak salah guna (program kerajaan), namun kita tidak berhasrat untuk melakukan perkara sama. Cara kita berkempen berbeza Insya-Allah tidak akan menyalahgunakan (PADU).


"Fungsi PADU memberi peluang kepada rakyat memasukkan data peribadi mereka secara 'hampir waktu nyata' dengan manfaat utamanya adalah bagi yang memerlukan bantuan, sokongan termasuk pemberian subsidi, itulah fungsi utamanya," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page