top of page

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dimansuhkan



Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh memberitahu dewan semalam, langkah itu susulan kegagalan pasukan itu memberikan kesan positif untuk menurunkan kadar inflasi di negara ini yang menjadi agenda utama penubuhannya.


"Kalau kita tengok kadar inflasi (adalah) sama daripada tahun lepas hingga sekarang, cuma tahun ini, kita lihat ada sedikit pengurangan dari segi peningkatannya (kadar inflasi).


"Jadi kita tidak teruskan mesyuarat, lagi pun tidak efektif mesyuarat diadakan dua kali seminggu. Jadi tiada penerusan dari segi jawatankuasa (pasukan) tersebut," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tan Kar Hing (PH - Gopeng).


Tan sebelumnya mahu tahu sama ada pasukan khas itu masih wujud dan sejauh mana keberkesanannya dalam membantu rakyat menangani cabaran peningkatan kos sara hidup.


Untuk rekod, pasukan itu sebelum ini dipengerusikan Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada era pentadbiran Ismail Sabri.


Pasukan itu berperanan mengumpul semua maklumat dari kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi, khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.


Penubuhannya kemudian dipertikai kerana sebelumnya empat jawatankuasa berkaitan harga barang dan kos sarta hidup telah pun ditubuhkan kerajaan ketika itu.


Ia adalah Majlis Tindakan Kos Sara Negara. Majlis Tindakan Pengguna Negara. Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Majlis Pemulihan Negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page