Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dianggotai tokoh yang gagal?



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbangga dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang kononnya akan menurunkan harga barang di pasaran.


Bagaimanapun rakyat Malaysia tidak yakin dengan tokoh tokoh yang dilantik menganggotai pasukan itu yang bukanlah muka baharu atau individu yang boleh digantungkan harapan tinggi.


Bagi aktivis KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, pelbagai persoalan melingkari pelantikan berkenaan terutama beberapa tokoh yang memang telah diragui prestasinya dalam mengendalikan kementerian sebelum ini.


"Ketika rakyat terbeban kenaikan harga barang, PM Ismail Sabri menubuhkan satu pasukan khas bagi membantu rakyat menghadapi kemelut peningkatan kos sara hidup dinamakan sebagai Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai lima menteri bersama Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.


"Tahukah siapa lima menteri tersebut? Pasukan khas itu, pengerusinya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, dianggotai Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) juga Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).


"Anuar Musa jaga wilayah pun gagal. Dia pernah janji nak naikkan harga tanah Kampung Bharu RM3,000 sekaki persegi, itu pun tak berjaya. Dia jadi Menteri Komunikasi gagal. Talian internet dan telefon masih kurang memuaskan. Siapa lagi?


"Tengku Zafrul? Janji hendak beri laptop gagal. Alexander Nanta Linggi Menteri KPDNHEP lagilah gagal. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian pun gagal urus petani. Semua tokoh tak berguna pun," katanya.


Dalam skop tugas pula, kata Zainurizzaman, pasukan itu diberi mandat untuk mengumpul maklumat dari pelbagai kementerian dan orang ramai bagi merangka strategi menangani inflasi.


Tugas itu katanya, dilakukan oleh KPDNHEP bersendirian ketika Pakatan Harapan mentadbir negara selama 22 bulan lalu.


Malah, kata beliau, perkataan jihad yang digunakan juga menimbulkan kelucuan kerana sebelum ini hanya Pas yang 'sibuk' berjihad namun setelah mendapat kuasa jihad tidak lagi kedengaran.


"Kalau nak pakai perkataan jihad Pas sudah guna lama. (Presidennya) Hadi Awang cakap pilih Pas, kos sara hidup selesai.


"Bila ayam naik salahkan peniaga kemudian salahkan ayam. Tak ada idea.


"Buatlah seribu jawatankuasa pun, kalau ketirisan, rasuah masih berleluasa masalah tak akan selesai.


"Kerajaan Ismail Sabri ada tujuh puluh lebih menteri dan timbalan menteri. Satu pun tak boleh harap. Ini kerajaan gagal," katanya sinis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER