top of page

Pasukan keselamatan perlu ganding bahu benteras penyeludupan



Perdana Menteri (PM) mengarahkan semua cabang pasukan keselamatan negara berganding bahu membanteras aktiviti penyeludupan yang mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian puluhan bilion ringgit.


Melalui ucapan bersempena sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta lain-lain agensi keselamatan, perlu bekerjasama membanteras penyeludupan yang disifatkannya kini semakin rumit.

"Kerjasama dengan badan penguatkuasa lain sangat penting seperti Kastam, PDRM, APMM dan agensi (tunggal) sempadan.


"Semua kerjasama itu penting kerana kita berhadapan kelompok yang rakus, penyeludup yang canggih dan kehilangan dana akibat penyeludupan.. minyak, dadah, rokok dan arak, itu cecah puluhan bilion ringgit," katanya dipetik.

Sementara itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan terhadap kecekapan ditunjukkan JKDM dan PDRM dalam membenteras penyeludupan dadah.


"Kita menyaksikan catatan membanggakan termasuk pihak JKDM, dalam usaha untuk membanteras penyeludupan dadah yang cecah nilai besar.…


"PDRM juga bertindak tangkap dan dakwa kelompok bermaharajalela sekian lama iaitu penyeludup dadah terkenal di Sabah


"Tonggak asas mendasari semua ini adalah khidmat kita, keiklhasan kita dan cara kita urus (tugas) dengan tata kelola baik," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page