top of page

Pasukan bomba dan penyelamat siap siaga hadapi banjir Monsun Timur Laut



Pasukan Bomba dan Penyelamat telah bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir akibat hujan lebat Monsun Timur Laut mulai pertengahan Disember ini.


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada lebih 14,000 anggota telah pun diletakkan dalam keadaan berjaga jaga sekiranya berlaku kecemasan.


"Ini termasuk 13,559 anggota pasukan sukarela dalam usaha kita memantapkan pasukan bomba. Bagi menghadapi Monsun Timur Laut Kementerian KPKT melaui Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menetapkan persediaan yang lebih proaktif kali ini berdasarkan pengalaman peristiwa banjir yang melanda negara kita tahun lalu.


"Langkah langkah termasuk mengerahkan kekuatan dan keanggotaan pegawai bomba terdiri daripada 12,857 pegawai sepenuh masa dan 2,111 pegawai bomba bantuan," kata Kor Ming dalam sidang media di Jabatan Bomba, Presint 7, Putrajaya, semalam.


Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenalpasti 6,323 kawasan yang berisiko tinggi atau hotspot dan pemantauan dilakukan pada setiap hari bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.


Beliau juga berkata, sejak 27 November tahun ini seramai 3,416 mangsa banjir telah diselamatkan oleh Bomba dan Penyelamat dengan memindahkan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara dari kawasan terjejas di seluruh negara.


Manakala bagi hujung tahun ini, katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan akan berlaku banjir apabila jumlah curahan hujan dalam sehari melebihi 150mm.


"Untuk makluman, duluan perama telah berlaku pada 7 - 12 Dis, MetMalaysia berkata duluan kedua dijangka pada Sabtu ini bermula 17 Dis sehingga 20 Dis di mana Monsun Timur Laut membawa hujan lebat melebihi 150mm sehari


"Selain penubuhan pasukan gerak khas MTL red team yang telah dilacarkan pada 28 Oktober lalu, Jabatan Bomba telah mewujudkan regional forward base yang sebelum ini ditempatkan di 3 lokasi. Iaitu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur Terengganu untuk respons segera wilayah timur, kedua Balai Bomba Perda Pulau Pinang untuk respons wilayah utara dan ketiga Balai Bomba Air Hitam Johor untuk respons wilayan selatan.


"Dari segi kekuatan darat dan air ini melibatkan kenderaan angkut ringan sebanyak 584 unit. Kenderaaan angkut berat 140 unit dan kenderaan marin 487 unit, termasuk 62 buah bot telah pun disediakan.


"Jumlah keseluruhan 1,211 unit," katanya.


Kor Ming juga berkata, selain kawasan bencana yang dikenalpasti, kawasan lain yang menghadapi banjir kilat seperti Kuala Lumpur dan sebagainya turut akan diberi perhatian serius.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page