top of page

Pasukan bantuan perubatan akan digerakkan ke Palestin



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti pasukan perubatan yang boleh dimobilisasikan segera ke Gaza, Palestin.


Menurut kenyataan dikeluarkan pada Isnin, pasukan itu akan dihantar sebaik sahaja kebenaran diberikan.


Ketika ini penghantaran belum dibenarkan kerana mengambil kira keadaan semasa peperangan yang masih berlaku dikawasan bergolak itu.


"Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian, mereka dijangka terlibat dalam merawat mangsa peperangan.


"Penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (IFRC)," kata KKM.


Sementara itu, KKM turut memaklumkan akan menghantar alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam tempoh yang terdekat.


Penghantaran dibuat menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan KLN itu merupakan yang ketiga setelah dua fasa penghantaran pada 3 dan 11 November lalu.


Langkah itu bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page