top of page

Pastikan sisa radioaktif Lynas diurus dengan selamat



Kumpulan Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) menggesa pihak berkuasa memantau dengan teliti sisa radioaktif yang dijana dalam tempoh lanjutan pemprosesan lantanida oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas)


"Kami berharap Menteri dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memastikan sisa radioaktif yang dijana dalam tempoh lanjutan diuruskan dengan berkesan dan selamat.


"Kehadiran penambahan jumlah sisa radioaktif yang lebih besar akibat lanjutan proses Pemecahan dan Peresapan (C&L) ini pasti akan memberi kesan kepada alam sekitar.


"Kami menggesa menteri untuk mengekalkan komitmen Lynas untuk menghantar sisa penulenan larut air sekiranya gagal mengenal pasti tapak yang sesuai untuk membina "Permanent Disposal Facility" (PDF)," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teet melalui satu kenyataan.


Gesaan itu dibuat susulan keputusan kerajaan memberikan tempoh lanjutan enam bulan untuk syarikat nadir bumi itu memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang pada Isnin mengumumkan bahawa operasi C&L Lynas Malaysia akan dilanjutkan sehingga 31 Dis.


Keputusan itu jelas Chang bagi memastikan rantaian bekalan nadir bumi global tidak terjejas yang walau bagaimanapun tidak mengubah ketetapan bahawa kerajaan telah menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan sebelum ini.


Ketetapan itu antara lain adalah bermula 1 Januari, syarikat berkenaan perlu memastikan loji C&L milik Lynas di luar negara telah mula beroperasi.


Lynas juga tidak lagi dibenarkan mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi ke Malaysia.


"Kerajaan Malaysia Madani memahami kepentingan industri nadir bumi dan komited untuk memastikan sebarang urusan perniagaan yang dijalankan berkaitan industri ini tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.


"Justeru, keputusan itu diambil selepas penilaian yang teliti, berlandaskan prinsip kelestarian, pembangunan dan keselamatan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page