top of page

Pastikan penurunan kuasa ke Sabah, Sarawak beri manfaat rakyat biasa



Kerajaan Perpaduan digesa untuk memastikan penurunan kuasa kepada Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) memberi manfaat kepada rakyat biasa dan bukannya golongan elit.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu autoriti kepada Sabah dan Sarawak baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai seperti kuasa meluluskan projek bernilai bawah RM50 juta kepada Sabah dan Sarawak yang akan mengurangkan kerenah birokrasi dalam melaksanakan projek pembangunan.


"Dalam kita mahukan lebih banyak kuasa untuk negeri Sarawak, kita juga mementingkan bagaimana kuasa ini akan diguna atau dilaksanakan.


"Ini kerana akhirnya, kepentingan rakyat Sarawak yang harus diutamakan bukannya golongan elit semata-mata," katanya di Kuching semalam.


Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin sebelumnya diminta mengulas usaha pemulihan dan realisasi hak MA63.


Sementara itu Chong yang juga merupakan Ketua DAP Sarawak berkata banyak perkara di bawah bidang kuasa negeri pada masa lalu telah disalahguna menyebabkan ia hanya memanfaat kumpulan-kumpulan tertentu dan bukan rakyat secara keseluruhannya.


"Perkara berkaitan tanah misalnya, (isu) sudah lama sejak merdeka di bawah kuasa negeri dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan tanah tidak memberi manfaat sebenar kepada rakyat… Begitu juga pengurusan hutan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page