top of page

Pastikan pengagihan tapak bazar Ramadan telus - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read
Jualan makanan perlu penjagaan dari segi kebersihan. Gambar hiasan
Jualan makanan perlu penjagaan dari segi kebersihan. Gambar hiasan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memastikan pengagihan tapak bazar Ramadan dilaksanakan secara teratur dan telus.


Menurut beliau, bazar Ramadan seharusnya menjadi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah mencari rezeki tanpa dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.


Bagaimanapun, dengan sistem pengurusan yang berkecamuk di segelintir kawasan memungkinkan ruang kepada ketirisan.


"Jadi Majlis Perbandaran perlu bagi kerjasama supaya proses lebih teratur dan elak daripada orang yang mengangkat komisyen. Kita lawan di peringkat atas, tapi di bawah masih berkecamuk," katanya dipetik.


Beliau yang juga Menteri Kewangan ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Jumhuriah Petaling Jaya pada Jumaat.


Turut sama hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.


Sementara itu, Anwar menyarankan pendaftaran bazar Ramadan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian, seperti yang dipraktikan di Petaling Jaya, bagi menjamin ketelusan serta memperluas peluang kepada peniaga kecil.


Beliau turut menekankan aspek kebersihan dan kemudahan awam di tapak bazar Ramadan, sambil memberi amaran tindakan tegas termasuk denda akan dikenakan terhadap peniaga atau pihak yang gagal mematuhi piawaian kebersihan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page