top of page

Pastikan pelaburan China lancar: PM turun bertemu Kerajaan Negeri



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun bertemu pemimpin di peringkat Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaburan besar besaran dari China yang diperolehinya dalam lawatan ke negara kuasa besar Asia itu minggu lalu berjalan lancar.


Hal tersebut ditegaskan oleh Anwar dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet tengah hari tadi.


"Yang penting diputuskan Jemaah Menteri ialah tindakan susulan daripada keputusan syarikat besar, syarikat gergasi China yang bersetuju untuk melabur.


"Saya akan mempengerusikan satu mesyuarat khas untuk memastikan (tindakan) susulan itu segera, dan lebih berkesan.


"Bila ia melibatkan Kerajaan Negeri, saya rasa keadaan itu mendesak untuk saya sendiri bersama rakan rakan Menteri turun kepada Kerajaan Negeri berkaitan. Terutama negeri yang menerima sumbangan pelaburan yang besar dari negara China," katanya.


Anwar juga teruja mengumumkan projek daripada pelaburan tersebut yang paling awal akan bermula pada pertengahan tahun ini.


Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mempercepat kelulusan guna tanah dan sebagainya tanpa mengabaikan prosedur penting.


"Berita baik juga salah satu projek awal akan dimulakan dalam masa singkat. Saya jangka selewatnya dalam bulan Mei.


"Sebab itu saya merayu Kerajaan negeri berkaitan dan majlis perbandaran harus memastikan proses itu dipercepatkan supaya jangan jadi masalah kepada syarikat.


"Peraturan ditentukan, dipatuhi sepenuhnya dan semua kajian dari jabatan harus selesai tetapi jangan mengambil masa terlalu panjang kerana sekarang kita perlu memacu pelaburan rancak," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page