top of page

Pastikan murid pendidikan khas dapat pendidikan terbaik



Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited memastikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat peluang pendidikan terbaik.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, usaha itu termasuk dengan pelaksanaan Program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Khas (PROSPER) bagi meningkatkan keupayaan golongan itu supaya dapat meneruskan kelangsungan kehidupan mereka selepas tamat persekolahan.


"PROSPER memberi fokus aktiviti saringan kepada murid pemulihan khas berusia 9 tahun dan ke atas yang didapati tidak menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M).


"MBPK yang disahkan berdasarkan enam kategori akan ditempatkan di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) mengikut kesesuaian mereka.


"Enam kategori itu ialah ketidakupayaan fizikal, pendengaran; penglihatan; pertuturan dan masalah pembelajaran membabitkan down sindrom, autisme, Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD) dan ketidakupayaan pelbagai," katanya melalui kenyataan.


Fadhlina turut menjelaskan, PROSPER dilaksana KPM melalui Bahagian Pendidikan Khas di seluruh negara bermula Julai hingga bulan ini membabitkan 91 saringan ke atas 5,500 MBPK.


Ia membabitkan pegawai bidang khusus Bahagian Pendidikan Khas, Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara.


Program ini turut mendapat sokongan erat daripada bahagian sektor operasi sekolah KPM, pegawai dan pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak universiti awam seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta agensi swasta.

Fadhlina sementara itu berkata, peluang pendidikan yang disediakan KPM ini sewajarnya dimanfaatkan ibu bapa dan penjaga supaya anak mereka mendapat hak dalam pendidikan di negara ini.


"KPM sudah menyediakan laluan pendidikan bagi MBPK dalam bentuk laluan tipikal atau laluan alternatif yang mempunyai kaitan dengan kurikulum yang diikuti oleh MBPK.


"KPM tekad menjalankan komitmen berterusan bagi memastikan murid MBPK mendapat peluang pendidikan terbaik.


"Ia terbukti menerusi pengumuman Belanjawan 2024 yang memperuntukkan RM180 juta bagi tujuan pembinaan 18 blok bangunan baharu pendidikan khas dan RM30 juta untuk membekalkan peralatan serta kemudahan sokongan orang kurang upaya (OKU) di sekolah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page