top of page

Pastikan ketelusan sebelum sambung projek paip gas Sabah - Razeef Rakimin



Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) yang dihentikan pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) kerana terbelit dakwaan korupsi tetapi mahu disambung semula pembinaannya ketika ini menimbulkan persoalan berkenaan ketelusan.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, tindakan kerajaan BN menghidupkan semula projek yang dimulakan pada era pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak itu tanpa jaminan ketelusan menimbulkann tanda tanya.


Katanya, kedua dua projek yang dimulakan pada 2016 bernilai RM9.4 bilion dengan kos pengambilan tanah RM1.7 bilion sebelum ini dihentikan kerana kerajaan telah membayar kontraktor sebanyak 88% daripada kos keseluruhan projek sedangkan kerja yang dilakukan sekitar 13% sahaja.


"Amat pelik bila jumlah yang besar itu dibayar terus oleh kerajaan BN kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) tanpa mengikut kemajuan pembinaan. Atas masalah ini kerajaan PH mengambil keputusan untuk membatalkan projek tersebut pada tahun 2018.


"Namun projek ini dihidupkan semula pada Febuari 2021 di bawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.


Tegas Razeef, projek pemasangan saluran paip gas sepanjang 662km dari terminal minyak dan gas Sabah di Kimanis ke daerah pantai timur Sandakan dan Tawau walaupun ada kebaikan, namun sebelum ini dipersoal keperluan pelaksanaannya oleh banyak pihak kerana kos yang terlalu tinggi.


"Untuk Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), kos projek ini sebanyak RM4.6 bilion. Ini bermakna sebelum ini anggaran RM4 bilion telah dibayar kepada CPPB walaupun kemajuan pembinaan hanya 11%-13% sahaja.


"Rakyat berhak tahu status kemajuan projek ini (jika diteruskan) selain ketelusan berkenaan kos sebenar projek tersebut kerana kita khuatir ia akan jadi sama seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila projek berkenaan digunakan oleh pihak tertentu untuk penyelewengan dana," katanya.


Bagi Razeef, selepas kes 1MDB negara perlukan 'transparency' terhadap projek-projek mega.


"Kita tidak mahu lagi berlaku aliran wang tunai melalui projek-projek tertentu ke negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Kuwait apabila projek mega seperti ini digunakan pihak tertentu untuk menyeleweng dana demi kepentingan sendiri," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page