top of page

Pastikan kejadian terpadamnya laporan 1MDB tidak berulang - Nurul Izzah


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) digesa mengekalkan prinsip semak dan imbang bagi memastikan semua laporan kewangan dalam badan-badan kerajaan adalah lengkap, tanpa sebarang campur tangan pihak tertentu seperti apa yang berlaku pada laporan audit 1MDB sebelum ini.


Dalam sesi perbahasan Titah Diraja, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata kewibawaan PAC perlu terus dijaga selepas mengekalkan wakil pembangkang selaku Pengerusi PAC.


"Prinsip semak dan imbang perlu terus disuburkan dalam mengekalkan prinsip PAC.


"Kita tidak mahu sejarah lampau terpadamnya laporan 1MDB dalam PAC berulang," katanya di Dewan Rakyat.


Kontroversi pindaan laporan audit kepada PAC didakwa diarahkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak pada Februari 2016. Laporan Akhir Pengauditan itu dipinda bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.


Dalam pada itu, Izzah juga menggesa kerajaan menyediakan data menyeluruh mengenai golongan yang memerlukan di setiap kawasan Parlimen.


Beliau berkata, ketiadaan pangkalan data menyukarkan ahli parlimen untuk memberikan bantuan yang sewajarnya.


"Data yang diberi kepada saya selaku ahli parlimen terhad kepada 310 ketua isi rumah yang tersenarai Jabatan Perangkaan; 912 individu miskin dan miskin tegar dalam e-kasih dan 1,438 individu bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.


"Semua data perlu diukur secara mendalam supaya bantuan dari kerajaan dan agensi menepati sasaran.


"Saya pinta semua hasil bancian diberikan kepada semua ahli parlimen, walaupun datang dari pelbagai parti. Kami diundi dan rakyat berhak dapat akses kepada perincian di setiap kawasan.


"Kami tidak mahu campur tangan politik yang mengakibatkan bakul makanan ditunda sebelum dihantar kepada penerima, hanya kerana tak mahu lalu tangan ahli parlimen," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page