Pastikan Israel tidak cabul gencatan senjata, provokasi Palestin - Pemuda PH


Pemuda Pakatan Harapan (PH) mahu Amerika Syarikat (AS) memastikan bahawa Israel tidak mencabul gencatan senjata yang dipersetujui dengan Hamas sebagaimana sebelum ini.


Ketua Pemuda PH, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, sebelum ini telah banyak berlaku gencatan senjata namun Israel memprovokasi pejuang Palestin dan pertempuran berlaku semula antara kedua belah pihak.


"Kami minta masyarakat dunia melihat gencatan senjata bukan penamat tetapi permulaan fasa usaha membebaskan Palestin dari penjajahan zionis Israel.


"Sebelum ini banyak gencatan senjata antara Hamas dan Israel, jadi kami mahu secara umum di peringkat AS memastikan Israel pada kali ini benar-benar mematuhi gencatan senjata yang dibuat,


"Kita tidak mahu gencatan senjata yang wujud provokasi dari Israel untuk mencabulnya. Kami mahu AS memastikan gencatan senjata kali ini benar-benar serius dan Israel tidak menggagalkannya," katanya selepas menghantar memorandum membantah kekejaman Israel ke Kedutaan AS, petang tadi.


Shazni berkata, Pemuda PH juga menyokong resolusi dicadangkan di Dewan Senat AS oleh Senator Bernie Sanders mengusul Kerajaan AS menghentikan rancangan menjual senjata sebanyak AS$735 juta kepada Israel.


“Kami percaya bahawa ia tidak pernah lebih jelas bahawa Israel telah melakukan pelbagai kesalahan hak asasi manusia dan jenayah perang selama ini.


“Pembunuhan warga Palestin yang tidak bersalah termasuk orang awam, wanita dan kanak-kanak serta pengeboman bangunan media di Gaza merupakan secara terang tindakan jenayah perang dan melampaui batas kemanusiaan oleh kerajaan Israel yang diketuai oleh Angkatan Tentera Israel (IDF),” kata beliau.


Syed Badli Shah Syed Osman

Sementara itu, wakil Angkatan Muda KEADILAN, Syed Badli Shah Syed Osman pula berkata penyerahan memorandum itu berjaya dilakukan dalam keadaan pematuhan SOP yang ketat dan suasana Perintah Kawalan Pergerakan yang mencengkam.


"Dalam keadaan keterbatasan SOP dan PKP Pemuda PH mematuhi keseluruhan SOP. Kita telah menghantar memorandum bantahan kekejaman Israel dan memorandum itu diterima oleh petugas di Kedutaan AS.


"Kita mengutuk kekejaman yang dilakukan Israel terhadap Palestin dan bersolidariti bersama mereka. Kita percaya Israel akan ulangi lagi serangan ini seperti mana biasa," katanya.


Memorandum membantah kekejaman Israel itu dihantar oleh 10 orang wakil Pemuda PH selepas solat Jumaat petang tadi. Cadangan berhimpun dibatalkan kerana mematuhi PKP bagi menghindari jangkitan Covid 19.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER