top of page

Pastikan dasar kerajaan dilaksana sejajar maslahah rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 25, 2023
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Tema 'Memaknai Reformasi, Menjulang Madani' perlu dihayati dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan dengan memastikan ia menepati maslahah keperluan rakyat menerusi dasar yang dilaksanakan, kata Ketua Wanita KEADILAN Pusat.


Fadhlina Sidek mengingatkan dasar tersebut perlu seiring dengan maslahah termasuk dasar ekonomi yang berkeadilan, dasar pendidikan dan kesihatan yang merapatkan kesenjangan serta tiada penafian akses terhadap kedua-duanya selain membebaskan rakyat kecil dari belitan lingkaran kemiskinan.


"Kepimpinan hari ini harus mengisi perjuangan menangani segala faktor penyebab kemiskinan yang menggejala di mana-mana.


"Malah kesempatan memimpin negara ketika ini adalah kesempatan kita merubah nasib rakyat dan golongan dhuafa’ (miskin, tertindas)," katanya ketika berucap dalam Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.


Fadhlina yang juga Menteri Kesihatan berkata anggota parti perlu memberikan komitmen sebagai sebahagian daripada sinergi Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlihatkan agenda reformasi terjelma dalam konsep Malaysia Madani.


"Komitmen menoktahkan kemiskinan jelas butiran dan pelaksanaannya dalam tumpuan kepada membaiki prasarana sekolah daif dan klinik daif, Jualan Rahmah, skim perubatan Madani, peluasan akses pendidikan dalam konteks pendidikan manusiawi, mengurus kemiskinan multi dimensi, bantuan awal persekolahan untuk semua pelajar, peluasan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat) pastinya yang sedaya upaya memenuhi tanggungjawab mengeluarkan rakyat dari kemiskinan," katanya.


Tambah beliau anggota parti juga perlu mempunyai kewajipan mendidik rakyat untuk menghentikan rekayasa fitnah dan kejahilan agar mereka kembali kepada paksi kebenaran dan keadilan.


Terdahulu beliau mengingatkan, kongres yang berlangsung hari ini sebagai hari muhasabah keluarga untuk refleksi penting sebagai kerajaan dan parti yang telah berjuang begitu lama menobatkan reformasi atau islah sebagai perjuangan utama.


"Kita juga adalah parti pertama yang mewakili parti multi ras yang menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM."


"Jika selama ini di pentas kongres, kita menyebut, “we are government in waiting”, semalam genap setahun, kita adalah kerajaan di bawah naungan Kerajaan Perpaduan.


"Pastinya segala cabaran setahun yang penuh rencam dan mengukuhkan pentadbiran ini akan menjadi tanda aras penting dalam memaknai lentera reformasi dan iltizam menjulang madani," katanya


Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan kepimpinan parti bahawa amanah jawatan termasuk dirinya sebagai anggota Kabinet adalah satu bentuk taklif atau tanggungjawab dan bukan untuk bermegah-megah apatah lagi bermewah-mewah.


"Benar, kita adalah kerajaan tetapi ia bukan alasan untuk kita bermewah sebaliknya terus mengambil sikap sederhana dalam mentadbir urusan parti.


"Saya rakamkan ucapan terima kasih seluhurnya kepada semua wanita KEADILAN yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras memenangkan semua calon KEADILAN/HARAPAN sehingga menjadi kerajaan pada hari ini.


"Jangan ada yang merasa kecil dan terpinggir kerana tanpa kalian, tiada Menteri Pendidikan, tiada Menteri Kesihatan dan yang lain-lain. Kerana kalianlah yang telah memimpin perubahan, kalianlah navigator merubah haluan negara, kalianlah pendokong reformasi sejati," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page