top of page

‘Pass It Forward’: Salur sumbangan SARA RM100 kepada pihak memerlukan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 31
  • 1 min read

Nurul Izzah dan DS Amiruddin menebus SARA RM100 untuk diberikan kepada keluarga memerlukan
Nurul Izzah dan DS Amiruddin menebus SARA RM100 untuk diberikan kepada keluarga memerlukan

Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memulakan inisiatif kebajikan untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang diterimanya kepada golongan kurang berkemampuan, menerusi kempen “Pass It Forward”.


Nurul Izzah menjelaskan, walaupun RM100 mungkin dianggap kecil bagi mereka yang hidup serba cukup namun nilai tersebut besar ertinya buat keluarga yang serba kekurangan.


"Jumlah ini boleh jadi rezeki yang mengenyangkan perut anak-anak dan keluarga tersayang," katanya dalam muat naik di Facebook.


Katanya, beliau telah berpakat bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, untuk menyumbangkan RM100 yang diterima mereka kepada golongan memerlukan.


"Saya juga mengajak rakan-rakan YB KEADILAN lain untuk turut sama Pass It Forward dengan RM100 mereka (atau lebih), supaya lebih ramai keluarga kurang berkemampuan dapat dibantu," katanya.

MB Selangor memberi SARA bahagian beliau kepada keluarga seorang warga emas yang sakit
MB Selangor memberi SARA bahagian beliau kepada keluarga seorang warga emas yang sakit

Menurut Nurul, semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia harus diterjemahkan bukan sahaja melalui slogan, tetapi dengan tindakan nyata yang meringankan beban rakyat.


"Merdeka bukan sekadar satu slogan, tetapi hasil perjuangan kita bersama. Tiba masanya untuk kita memberi semula kepada rakyat yang hidup dalam kesempitan. Jangan biarkan sesiapa pun tersisih. Setiap orang berhak untuk menikmati hidangan di atas meja mereka," tegasnya.


Bagi Nurul Izzah, inisiatif Pass It Forward RM100 boleh disumbangkan kepada tiga keluarga yang memerlukan dan berkongsi kegembiraan bersama dalam bulan kemerdekaan.


Untuk rekod, bantuan SARA RM100 bagi individu berusia 18 tahun ke atas boleh ditebus di kedai terpilih mulai 1 September hingga 31 Disember 2025.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page