top of page

Pasca PRN Johor: Bukan senang laksana idea kesatuan pembangkang



Pilihan Raya Negeri Johor yang menyaksikan kekalahan parti parti anti BN menimbulkan pelbagai kritikan dan cadangan daripada netizen dalam beberapa hari ini.


Terdapat kritikan, cadangan membina dan tidak kurang cadangan agar dilakukan kesatuan parti parti anti BN menuju Pilihan Raya Umum ke 15 yang berkemungkinan besar diadakan pada hujung tahun ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun kesatuan parti parti anti BN atau kesatuan pembangkang dilihat sebagai solusi mudah bagi jangka pendek, namun untuk melaksanakannya bukanlah sesuatu yang mudah.


"Rakyat Johor telah memilih di PRN Johor baru baru ini. Sebarang kekurangan akan dikaji dan dibaiki secepat mungkin bagi persediaan untuk pilihan raya yang mendatang.


"Cadangan 'united opposition' yang sekali lagi dibangkitkan memang mampu memberi keputusan positif, tapi bukan senang atau rumit untuk dijayakan, serta perlukan persefahaman antara semua parti pembangkang," katanya.


Namun, katanya, jentera penerangan KEADILAN tetap bergerak seperti biasa untuk menggalas tugas melakukan persiapan menuju PRU 15 yang akan datang yang lebih mencabar.


"Dalam peranan media, Biro Penerangan bersama pasukan media Sinar Keadilan telah melawat dan membantu semua kawasan yang ditandingi calon KEADILAN ketika PRN Johor.


"Kita akan terus aktif di media sosial untuk memberi kesedaran tentang pelbagai isu yang dibangkitkan," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page