top of page

Pasca PRN: Berdiri teguh di bawah kepimpinan PM Anwar



Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri pada 12 Ogos lalu memperlihatkan Pakatan Harapan dan BN mendapat sokongan yang padu di 3 negeri untuk membentuk kerajaan.


Bagi Naib Ketua Pemuda Amanah Negeri Perak, Munzirie Kabir, kejayaan mempertahankan negeri Selamngor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan itu menunjukkan rakyat meyakini gabungan baharu PH dan BN untuk mencorak masa hadapan politik Malaysia.


"Natijahnya, PH-BN berjaya mempertahankan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan setelah diberi mandat oleh rakyat.


"Kini tibalah masanya Malaysia untuk terus bergerak kehadapan bagi memperkasakan Dasar Ekonomi Madani Kerajaan Perpaduan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di segenap penjuru negara tanpa mengira latar dan fahaman ideologi politik," kata Munzirie dalam satu kenyataan.


Belau dalam pada itu menolak cubaan pembangkang PN mengaitkan keputusan PRN itu dengan referendum rakyat.


Katanya, keputusan itu sudah cukup memberitahu bahawa hanya rakyat di Utara dan Pantai Timur Semenajung yang mahukan PN.


"Justeru, Pemuda Amanah Negeri Perak akan terus bersama menyokong aspirasi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membina negara Malaysia Madani ini untuk bergerak kehadapan.


"Dasar-dasar yang telah diperkenalkan itu perlu diberi penekanan yang serius terutamanya golongan anak muda supaya dapat diresapi rakyat tanpa mengira agama dan bangsa," katanya lagi.


Oleh itu, beliau berharap Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan utuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page