top of page

Pasca pandemik: Peluang keemasan lonjak ekonomi secara digital



Pasca pandemik Covid 19 dan bermulanya era meluas ekonomi digital merupakan peluang keemasan bagi rakyat Malaysia untuk melonjakkan prestasi dalam perniagaan atau industri berasaskan digital.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil, masyarakat yang telah terbiasa berurusniaga dalam talian pada waktu pandemik lalu akan terus memanfaatkannya pada tahun tahun mendatang.


Hal itu, katanya, akan memberi kelebihan kepada Malaysia yang sehingga kini telah pun mencapai 97% ketersambungan internet.


"Pasca pandemik ada satu peluang keemasan untuk kita melonjakkan ekonomi negara melalui proses penghiliran. Maksudnya kita bukan hanya mengeksport bahan mentah, semikonduktor dan sebagainya tetapi lebih daripada itu.


"Keterlibatan (rakyat) Malaysia dalam ekonomi digital akan dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi," katanya yang menjadi tetamu dalam wawancara eksklusif bersama stesen radio Kedahfm petang tadi.


Menurut Fahmi lagi, untuk penglibatan keseluruhan rakyat dalam sektor ekonomi digital KKD sedang melengkapkan ketersambungan internet sehingga 100%. Malah komuniti terpencil seperti Orang Asli, luar bandar atau penduduk di pulau pulau kurang berpenghuni boleh berurusniaga atau bekerja secara dalam talian.


Bagi internet talian tetap berkelajuan tinggi pula, jelasnya, KKD sedang melaksanaan projek point of present (POP) di kawasan yang sebelum ini tidak terdapat internet jalur lebar talian tetap.


Salah satu caranya adalah dengan memasang antena pemancar internet di kawasan sekolah dan penduduk sekitarnya boleh akses internet berkelajuan tinggi.


"Kita laksanakan projek point of present (POP) di kawasan yang tidak mendapat internet jalur lebar talian tetap. Mereka bergantung kepada internet mudah alih yang mahal. Bila kita disediakan POP internet akan lebih murah terutama kepada kawasan luar bandar dan sebagainya.


"Tadi kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap. Kawasan sekolah itu dipasangkan port kabinet bagi Telekom Malaysia, dengan pemasangan itu penduduk sekitar mendapat internet berkelajuan tinggi talian tetap.


"Bagi negeri Kedah menjelang 2025 ada 313 POP akan disiapkan, melibatkan sekolah dan kawasan sekitar sekolah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page