Pasca banjir: Tangguhkan projek mega, beri lebih banyak bantuan - Anwar



Kerajaan BN - PN dinasihatkan segera menanguhkan projek mega dan menghulur lebih banyak bantuan kepada mangsa banjir luar biasa pada pertengahan Disember lalu.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, banjir tersebut telah menyebabkan rakyat kerugian puluhan ribu ringgit setiap keluarga dan tidak wajar hanya dibantu ala kadar oleh Kerajaan Persekutuan.


Tegas beliau, kerajaan perlu menangguhkan projek projek mega sekiranya tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk memberi lebih banyak sumbangan kepada mangsa banjir.


"Beberapa hari lalu saya telah menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan semua projek mega ketika ini dan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas banjir.


"Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak kerajaan terkait gesaan tersebut.

Kerajaan dilihat seolah-olah tidak serius membela dan membantu mangsa-mangsa banjir.


"Saya sekali lagi ulangi gesaan terhadap kerajaan untuk bertindak pantas dan selesaikan permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di negara ini," katanya.


Kerajaan Persekutuan sebelum ini berjanji untuk memberi bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga namun rakyat mahu bantuan lebih banyak disediakan, terutama bagi membeli perabot dan alat alat elektrik asas rumahtangga buat rumah yang tenggelam hingga ke bumbung.


Justeru, banyak pihak mahu kerajaan menangguhkan projek mega yang sedang dirancang seperti sambungan MRT atau perkhidmatan spektrum 5G kepada Digital Nasional Bhd yang memerlukan modal sehingga RM20 bilion dialihkan kepada memenuhi keperluan mangsa mangsa banjir terlebih dahulu

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER