top of page

Pasaran buruh Malaysia catat prestasi terbaik dalam tempoh 11 tahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 14
  • 1 min read

Pasaran buruh negara menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila kadar pengangguran menurun kepada 2.9% pada November 2025, paras terendah sejak 11 tahun.


Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, pasaran buruh Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun menghadapi peralihan ekonomi serta perubahan amalan kerja global.


"Di saat ekonomi menghadapi ketidakpastian pekerjaan yang semakin meningkat, ekosistem pekerjaan Malaysia kekal stabil secara relatif," katanya dipetik.


Beliau sementara itu berkata, jumlah guna tenaga meningkat kepada 17.09 juta orang pada November 2025, manakala nisbah guna tenaga kepada penduduk naik kepada 68.8%, menandakan lebih ramai rakyat berjaya memasuki pasaran kerja.


Dalam pada itu, beliau menekankan komitmen kementeriannya untuk terus memperkukuh ekosistem kemahiran melalui latihan semula, Dasar Gaji Progresif, dan platform MYFutureJobs.


MYFutureJobs jelasnya menghubungkan pencari kerja dengan peluang berkemahiran tinggi, dengan 86.7% penempatan pekerjaan pada 2025 berada dalam kategori mahir dan separa mahir, menangkis persepsi kekurangan peluang untuk graduan.


"MYFutureJobs memainkan peranan utama dalam menghubungkan pencari kerja dengan peluang pekerjaan yang sesuai,


"Walaupun ketidakpadanan kerja masih wujud, sebahagian besarnya didorong oleh penyelarasan gaji dan keutamaan geografi," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page