top of page

Pasar Payang Central Market T'ganu: 'PN jangan berfikiran jumud'



Cadangan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming agar Pasar Payang di Kuala Terengganu dijadikan pasar budaya atau Central Market (CM) untuk negeri itu disambut baik KEADILAN Kemaman.


Ketua Penerangannya, Ahmad Nadhir Yob berkata, cadangan tersebut cukup baik bagi meningkatkan sektor pelancongan Terengganu.


Sebaliknya beliau mengkritik hantaran di Facebook Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Razali Idris yang menyifatkan cadangan tersebut sebagai percubaan menukar nama Pasar Payang yang bersejarah dan cuba mewujudkan polemik Kerajaan Perpaduan mahu menukar imej Pasar Payang.


"Pihak KEADILAN Kemaman minta dihentikan polemik ini dan jangan mempolitikkan isu nama Pasar Payang.


"Bagi KEADILAN Kemaman, Ketua Penerangan Besatu ini tidak memahami konteks yang diutarakan oleh Nga Kor Ming. Merujuk kepada kenyataan di Berita Harian, dia tidak mengubah nama Pasar Payang itu tetapi mahu imej seperti Central Market di Kuala Lumpur. Bukan tukar nama


"Ketua Penerangan Bersatu ini mempolemikkan bahawa Nga cuba menukar nama pasar. Sedangkan itu adalah cadangan untuk jadikan Pasar Payang seperti CM," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir mahu pemimpin PN menghentikan pertikaian berkenaan dan tidak dijaja di dalam ceramah ceramah kelompok sebagai modal politik.


Katanya, kerajaan PN Terengganu sepatutnya menumpukan usaha meningkatkan insfrastruktur pelancongan untuk menarik pelancong bukan sebaliknya.


"KEADILAN Kemaman minta Exco hentikan polemik murahan. Sepatutnya lebih banyak fokus meningkatkan insfrastruktur pelancongan di Terengganu supaya lebih ramai pelancong datang ke sini

"Rakyat menantikan dasar atau tindakan baik untuk meningkatkan ekonomi," katanya lagi.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page