top of page

Pasang terbalik: Muliakan Jalur Gemilang, jangan sebar api perpecahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia memandang serius insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik yang tular baru-baru ini.


Ketuanya Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan, Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan, maruah, dan menjadi saksi kepada penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.


Justeru sebarang tindakan menggantungnya secara terbalik – sama ada akibat kecuaian atau disengajakan – tidak boleh dipandang ringan.


"Jika ada unsur sabotaj atau niat mencemar simbol negara, tindakan undang-undang perlu diambil tanpa kompromi. Namun, jika ia berpunca daripada kecuaian, usaha pendidikan nilai kenegaraan harus dipergiat bagi meningkatkan kesedaran sivik rakyat


"Namun, kebenaran hanya boleh dicapai melalui siasatan telus dan adil, bukannya spekulasi atau tuduhan rambang di media sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menerusi kenyataan sama Muhammad Kamil menyeru isu sensitif itu tidak dijadikan pentas untuk membakar sentimen politik atau berbalas provokasi.


Sentimen secara sengaja mahupun tidak tegasnya hanya akan menutup ruang perbincangan rasional dan mengheret rakyat kepada polarisasi yang merugikan.


"Anak muda tidak mahu melihat pemimpin menjadi juara retorik tetapi gagal merintis jalan penyelesaian.


"Peranan pimpinan muda, tanpa mengira parti, adalah untuk menjadi agen perpaduan dan memimpin perbincangan berhemah, bukan mencipta jurang perpecahan," tambahnya.


Justeru menurutnya sempena sambutan bulan kemerdekaan, AMK Malaysia menyeru rakyat mengekalkan keharmonian dan memberi tumpuan kepada isu yang memberi manfaat kepada rakyat seperti pemulihan ekonomi dan pengukuhan perpaduan.


Jalur Gemilang tegasnya bukan milik mana-mana parti politik, tetapi milik seluruh rakyat Malaysia yang cintakan tanah air.


"Biar bendera ini terus berkibar megah kerana kita bersatu menjaganya, Memuliakannya bermakna mengangkat nilai kebersamaan dan menolak segala bentuk perpecahan," katanya lagi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page