top of page

Pasang bendera terbalik, kad OKU: Kuat kuasa hukum, jangan naik suhu politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

ree

Insiden pasang bendera Jalur Gemilang terbalik dan komen pedas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh dikhuatiri boleh menaikkan suhu politik negara.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Danish Hairuddin (gambar), kedua dua isu perlu diselesaikan berdasarkan undang undang tanpa perlu dihangatkan dan menimbulkan ketegangan yang tidak perlu.


Katanya, isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik seharusnya diambil tidakan tegas agar pihak yang ingin mengulangi perbuatan itu beringat terhadap hukuman yang menanti.


Tegas beliau, Jalur Gemilang adalah lambang perjuangan, kemerdekaan dan perpaduan. Undang-undang negara jelas membolehkan tindakan tegas diambil, termasuk di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


"Insiden pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik, sama ada dilakukan secara sengaja atau atas alasan kecuaian, ia tetap satu pelanggaran terhadap simbol kedaulatan negara.


"Saya menuntut pihak berkuasa tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang ini, kerana terlalu banyak insiden sebelum ini berakhir dengan hanya “teguran” tanpa pendakwaan," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, Danish juga tidak senang dengan sikap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal yang sebelum ini didakwa mahu memberi kad OKU kepada 'pengkritik politik' dalam isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik.


Katanya, kad OKU bukan bahan gurauan dan perasaan golongan berkenaan perlu dihormati.


"Dalam isu penghinaan terhadap OKU, saya merujuk kenyataan biadab Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, yang menyamakan pengkritik politik dengan “perlu diberikan kad OKU.”


"Kenyataan ini bukan sahaja dangkal, malah menghina seluruh komuniti OKU di Malaysia. Kami menegaskan bahawa permohonan maaf, jika dibuat, tidak akan memadamkan kesalahan.


"Pemimpin politik wajib menunjukkan teladan, bukannya menjadi pencetus budaya hina-menghina yang merendahkan martabat rakyat. AMK mendesak Dr Akmal memohon maaf secara terbuka dan ikhlas, bukan sekadar untuk meredakan tekanan politik," katanya.


Beliau mengulangi, tiada siapa sama ada ahli politik, individu awam, atau institusi boleh terlepas daripada kebertanggungjawaban apabila maruah rakyat dan negara diperlekehkan.


"Saya mendesak pihak berkuasa ambil tindakan tegas dan tuntas tanpa mengira warna parti kepada pelaku yang bertanggungjawab," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page