top of page

Pas tidak pernah tentang sekolah vernakular: 'Jangan putar belit' - Chean Chung

Updated: May 7



Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang terbaharu bahawa parti itu tidak pernah menentang sistem sekolah vernakular di Malaysia amat mengejut dan mengelirukan.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, kenyataan berkenaan seolah olah mahu 'membeli keyakinan' bukan Melayu yang sejak beberapa tahun ini menyimpan kebimbangan mengenai hala tuju politik Pas yang kelihatan anti sistem pendidikan vernakular.


Kata Chean Chung, kenyataan terbaharu Fadhli mungkin dibuat untuk cuba meraih kembali sokongan bukan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) selepas pemimpin Pas-PN mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pendidikan calon DAP, Pang Sock Tao sebelum ini.


"Saya terkejut membaca kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas, bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular bahkan menyatakan sekolah vernakular boleh wujud tetapi dengan beberapa pembaharuan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagi Chean Chung, sikap Pas terdahulu telah jelas memperlihatkan penentangan terhadap sistem vernakular apabila pada 2019 lalu Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia ketika itu, Salamiah Md Nor berkata, parti itu mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular kerana dasar terbabit tidak menyumbang kepada perpaduan kaum, dalam tajuk berita Sinar Harian “Hapuskan sistem pendidikan vernakular – PAS” (22 Jun 2019)


Sebelum itu, katanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang (kenyataan 26 Jun 2019) juga telah mengeluarkan kenyataan menyatakan Badan Perhubungan Pas Pahang menyokong penuh kenyataan dan cadangan Ustazah Salamiah Mohd Nor yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang wantu itu yang mendesak kerajaan PH menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.


Tegas Chean Chung, kenyataan terbaharu Fadhli tidak akan menutup banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pas sebelumnya dan masih boleh ditemui di beberapa portal berita atas talian.


"Tidakkah kenyataan Ahmad Fadhli bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular bercanggah dengan beberapa contoh yang saya berikan ini?" tanyanya.


Sikap pemimpin Pas, kata Chean Chung, amat berbeza dengan prinsip pemimpin DAP dan KEADILAN yang pernah bersekutu bersama Pas dalam Barisan Alternatif (1999 - 2001) dan Pakatan Rakyat (2008 - 2014) tetapi tetap konsisten dengan isu yang diperjuangkan.


"Berbeza dengan Pas yang seringkali bercakap berbelit dan menggadai prinsip perjuangan mengikut kesesuaian politiknya, PH dan KEADILAN, apa lagi DAP, dari dulu konsisten dalam isu sekolah vernakular.


"Walau di waktu bersama dengan Pas, kita tetap kekal menentang mana-mana gesaan memansuhkan sekolah vernakular," katanya.


Ahli Parlimen Petaling Jaya itu memberi contoh laporan portal berita The Malaysian Insider pada 20 Jun 2013 dengan tajuk “Anwar: Tumpu kepada perpaduan, tiada keperluan mansuh sekolah vernakular”


Terbaharu, portal berita Malaysiakini pada 22 Jun 2019 pula menyiarkan laporan “Anwar: Bahasa lain juga penting untuk M'sia maju” yang jelas membela sistem pendidikan vernakular.


Justeru, Chean Chung mahu pengundi bukan Melayu di KKB pada 11 Mei ini memilih parti atau gabungan politik yang benar benar mewakili kepentingan mereka.


Katanya, tidak ada guna memilih parti yang sering mengeluarkan kenyataan berbelit belit dan akhirnya mereka lepas tangan mengenai isu isu utama pengundi yang telah memilih mereka.


"Pengundi di Kuala Kubu Baharu mesti berwaspada dengan kata-kata yang berputar-belik para pemimpin Pas dan PN yang kononnya mahu menjaga kepentingan mereka semata-mata untuk mendapatkan undi mereka dalam pilihan raya kecil ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page