top of page

Pas T'ganu Janji Khairat Kematian RM500, Sebelum Ini Buat Apa?



Oleh: Ahmad Nadhir Yob


ULASAN: Pada penulisan sebelum ini, penulis ada menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi yang seharusnya menjadi fokus kepada kerajaan yang akan terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.


Pada kali ini, penulis ingin membawa perspektif keutamaan yang perlu diambil berat oleh parti yang memenangi PRN kali ini.


Dalam janji yang dikemukakan oleh parti Pas di dalam manifesto mereka ada disebutkan bahawa kerajaan akan menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 bagi setiap kematian.


Pengurusan jenazah merupakan merupakan fardhu kifayah yang utama, persoalannya kenapa Pas meletakkan janji ini di dalam manifesto mereka pada PRN kali ini?


Lima tahun memerintah Pas buat apa?


Kerajaan Pas Terengganu sudah memegang tampuk kerajaan negeri sejak 2018. Kenapakah isu khairat kematian tidak diselesaikan pada penggal pemerintahan sebelum ini?


Seharusnya isu khairat kematian ini telah pun dapat diselesaikan seawal pentadbiran Pas pada 2018. Persoalan yang timbul di manakah keutamaan kerajaan Pas Terengganu sebelum ini?


Seharusnya apabila sudah satu penggal memerintah Pas seharusnya telah memahami selok belok pentadbiran dan keperluan rakyat negeri Terengganu.


Justeru pada pendapat penulis, sebenarnya kerajaan Pas ini telah mensia siakan penggal pemerintahan mereka sebelum ini sehingga perkara asas rakyat yang sepatutnya selesai pada penggal sebelum ini dijadikan janji pada PRN kali ini.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page