top of page

Pas Politikkan Perjuangan Rakyat Palestin?



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Himpunan Pembebasan Palestin pada 4 Ogos 2024 lalu telah berjaya mengumpulkan hampir 20,000 rakyat Malaysia yang bersolidariti serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin. Himpunan seumpama itu adalah kali kedua dilakukan di Stadium Axiata Arena kerana ingin menghantar mesej yang kuat kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan kekejaman berterusan rejim Zionis.


Kesemua pihak bersetuju meletakkan latarbelakang yang berbeza demi perjuangan isu tersebut malah Datuk Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Perlis berkata, kepimpinan Kerajaan Madani berani mengambil risiko demi menyatakan kutukan terhadap rejim Zionis di mana majlis seperti ini tidak dibuat setakat ini oleh mana-mana negara Arab.


Pas persoal kerajaan anjur himpunan Palestin


Namun disebalik kebersamaan yang tercipta oleh segenap rakyat Malaysia untuk turun menyatakan solidariti menggunakan platform Himpunan Pembebasan Palestin, terdapat pemimpin politik seperti Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang mempersoalkan tindakan kerajaan mengadakan himpunan tersebut.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor itu mempersoalkan keikhlasan kepimpinan Kerajaan Madani memperjuangkan isu Palestin tetapi dalam masa yang sama meneruskan hasrat untuk menjual saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang mungkin akan dikuasai oleh BlackRock Inc (BlackRock). Dr Zamri juga mempertikaikan keputusan Kerajaan Madani mengikuti latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (Rimpac) 2024 yang turut disertai tentera Israel.


Ternyata Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor tersebut telah dibutakan oleh kebencian politik sehingga gagal melihat tujuan sebenar perlaksanaan Himpunan Pembebasan Palestin, wacana berkenaan penglibatan BlackRock di dalam MAHB boleh dibincangkan dalam platform berlainan. Setiap individu boleh membawa hujah masing-masing sama ada bersetuju atau menentang isu penglibatan BlackRock di dalam MAHB, namun kita sebagai rakyat Malaysia (lebih-lebih lagi beragama Islam) tidak sepatutnya bertelagah dalam memberi sokongan dan solidariti terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh dan penindasan terhadap rakyat Palestin.


Perkara yang sama turut terpakai terhadap isu Rimpac 2024. Kita harus jelas bahawa penganjur latihan peperangan maritim antarabangsa terbesar itu adalah Komando Indo-Pasifik Tentera Laut Amerika Syarikat. Semua negara yang terlibat termasuk Malaysia adalah peserta latihan, Malaysia sebagai peserta latihan tersebut tidak mempunyai kapasiti untuk menghalang mana-mana negara daripada menyertainya.


Penglibatan aktif Malaysia bersama Rimpac semenjak tahun 2012 tidak pernah dipertikaikan kerana ia adalah kunci kepada keselamatan laluan laut di perairan antarabangsa. Justeru kita boleh mempunyai pandangan berbeza berkenaan BlackRock dan Rimpac, namun perbuatan sabotaj melalui kempen menghalang penyertaan rakyat Malaysia bersama Himpunan Pembebasan Palestin adalah suatu perbuatan yang dianggap ekstrim.


Cercaan tidak berasas


Perbuatan ekstrim oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor itu bukan sahaja dizahirkan terhadap Himpunan Pembebasan Palestin, malah ia pernah dizahirkan melalui tohmahan tidak berasas semasa ceramah kelompok sempena kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap.


Beberapa tohmahan tidak berasas telah dilemparkan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor itu semasa berkempen di sana terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Tohmahan paling besar adalah berkenaan tuduhan kononnya PMX selaku Menteri Kewangan telah menerima pinjaman daripada International Monetary Fund (IMF) semasa krisis kewangan 1998.


Perkara ini telah dijawab oleh PMX bersekali dengan tuduhan qazaf yang telah dibuktikan sebagai konspirasi di Dewan Rakyat, malah PMX tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang supaya perkara itu tidak dipanjangkan.


Jika PMX boleh berjiwa besar dalam menghadapi musuh politiknya, mengapa pimpinan seperti Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor boleh diperangkap emosi kebencian sehingga gagal bersatu memperjuangkan isu rakyat Palestin secara bersama?


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page