top of page

Pas mahu kerjasama dengan UMNO: Jangan mimpi - Zahid



Pas diminta berhenti bermimpi di siang hari apabila dikatakan mahu menjalinkan semula kerjasama dengan UMNO, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Presiden UMNO berkata, parti itu tidak mempunyai hasrat untuk mengadakan hubungan politik dengan Pas, selain tidak mendengar sebarang ura-ura kerjasama akan diadakan melibatkan kedua-dua parti itu.


"Kami minta supaya mimpi siang mereka (Pas) itu dapat dinoktahkan," katanya selepas menyaksikan penyerahan sumbangan kutipan sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di Putrajaya hari ini, lapor Bernama.


Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata parti itu tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO.


Tuan Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional yang turut dianggotai Bersatu.


Sebelum ini UMNO pernah mengadakan kerjasama politik dengan Pas dalam Muafakat Nasional termasuk terlibat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas PRU-14.


Kedua-dua parti itu menduduki kerajaan selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan melibatkan dua Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu sebelum diganti dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO.


Bagaimanapun, selepas PRU-15, UMNO-BN memilih untuk bersama-sama mendukung hasrat titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.


Dalam pada itu, mengenai tuduhan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil bahawa kekalahan Barisan Nasional dalam Plihan Raya Kecil Kemaman baru-baru ini disebabkan ada pemimpin UMNO jadi 'penjilat DAP', Ahmad Zahid mahu beliau mengemukakan pendapatnya pada mesyuarat MT UMNO malam ini.


"Mudah-mudahan beliau mempunyai keberanian untuk datang malam ini bagi menyuarakan pendapat yang beliau sanggah sendiri apabila kita mahu jalin kerjasama (Barisan Nasional) dan Pakatan Harapan bagi melakukan pembentukan Kerajaan Perpaduan," katanya yang mendakwa Isham sudah tiga kali tidak hadir ke mesyuarat MT UMNO.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page