top of page

Pas lebih banyak konflik berbanding Umno BN



Ungkapan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah bahawa akan berlaku konflik sekiranya Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Umno BN untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) dianggap mengarut oleh Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali.


Bagi Umar, pemimpin Pas perlu mencermin diri mereka sendiri kerana sewaktu parti berkenaan bekerjasama dengan mana mana parti pun sebelum ini konflik tetap wujud.


"Pas sendiri tidak pernah lekang dari konflik. Nik Amar perlu cermin diri. Bermuhasabahlah. Jangan sampai jadi ibarat "meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri".


"Sejak Pas bersama Semangat 46, Gerakan Rakyat (GERAK), Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat pun, konflik sentiasa wujud.


"Dalam sejarah terdekat Pas bersama parti-parti gabungan, Pas juga tidak dapat elak konflik khususnya selepas ketiadaan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.


"Pada waktu itu, konflik Pas ialah sama ada untuk meneruskan gabungan parti itu dalam Pakatan Rakyat atau berkerjasama dengan UMNO yang disebut-sebut sebagai kelompok pro Unity Government atau UG," katanya.


Akibatnya, kata beliau, Pas berpecah dua sehingga melahirkan Amanah yang lebih setia bersama PH.


Malah katanya sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 lalu pun, Pas berkonflik apabila terapat dua puak bertentangan. Satu kelompok mahu bersama Umno dan satu kelompok lagi bersama PN.


"Konflik tidak perlu dijangka-jangka. Konflik akan tetap berlaku apatah lagi dalam politik. Tambahan pula politik Malaysia hari ini semakin rencam.


"Persoalannya, bagaimana kita dapat dan akan menguruskan konflik. Di situlah letaknya peranan kepimpinan dan kepemimpinan.


"Dan saya cukup yakin, dengan barisan kepimpinan serta kekuatan setiap parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala konflik yang timbul akan dapat diuruskan dengan berhemah serta bijaksana," katanya.


Sejak kelmarin, Pas dan parti pembangkang lain cuba mengatur serangan apabila PH bersama parti parti kerajaan menubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk pembahagian kerusi dan strategi bersama menghadapi PRN di 6 negeri yang dijangka selewat lewatnya bulan Jun ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page