top of page

Pas kembali menagih simpati UMNO: AMANAH kekal prinsip perjuangan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 4
  • 2 min read


Kenyataan terbaru pimpinan Pas yang menunjukkan keinginan untuk kembali menjalinkan hubungan dengan UMNO memperlihatkan hakikat politik bahawa parti Islam itu telah tersalah langkah sejak Pilihan Raya Umum 2022 lalu dengan memilih Bersatu sebagai sekutu.


Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Khairol Najib Hashim, tersalah langkah Pas itu kini mahu dibetulkan dengan menagih simpati ingin kembali semula bersama UMNO yang Pas sendiri abaikan pada 2022 lalu.


"Ketika negara memerlukan kestabilan, Pas memilih untuk kekal menyerang dan memusuhi UMNO secara terbuka. Namun hari ini, nada mereka berubah.


"Dalam mereka terus memburukkan UMNO di pentas politik dan media sosial, mereka juga dalam diam masih mengharapkan kasih daripada UMNO. Inilah wajah politik yang tidak konsisten dan sukar difahami oleh rakyat biasa.


"Pas kini menagih peluang yang dahulu mereka tolak mentah-mentah. Dahulu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada UMNO, hari ini mereka mula mengintai semula ruang untuk bersama. Sekalipun berpakaian retorik penyatuan, rakyat tahu ini hanyalah percaturan politik ketika kuasa semakin menjauh," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Khairol, AMANAH dalam hal itu lebih teguh dan berprinsip dalam perjuangan dengan mengambil jalan yang sukar tetapi konsisten.


Katanya, AMANAH kekal dengan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara biarpun berisiko sukar untuk menang di kawasan majoriti Melayu.


Oleh itu, katanya, rakyat Malaysia hari ini seharusnya menilai bagaimanakah sikap sebenar Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sedangkan mereka sering beralih alih sokongan demi mendapatkan kuasa.


"Biarlah rakyat menilai siapa yang jujur dalam pendirian, dan siapa yang terumbang-ambing mengikut cuaca politik semasa.


"Kami juga yakin bahawa UMNO hari ini sudah cukup matang untuk menilai siapa sahabat yang benar-benar setia dan berprinsip, dan siapa pula yang hanya hadir ketika lemah, lalu pergi apabila merasa kuat," katanya lagi.


Untuk rekod, semalam Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pendirian Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak bercanggah dengan dasar yang dipegangnya.


"Kita pun pernah bekerjasama dengan UMNO sebelum ini, sekarang berpisah. Bersatu pun sebelum ini tak pernah ada kerjasama (dengan Pas), tapi sekarang ada kerjasama.


"Jadi semua kemungkinan-kemungkinan itu boleh berlaku. Asas kepada politik ini ialah muafakat dan sudah tentulah bagi parti yang berteraskan agama seperti Pas, keutamaan Islam itu di hadapan.


"Pas menerima dan terbuka (untuk kerjasama dengan UMNO)," katanya dipetik Malaysiakini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page