top of page

Kerajaan Pas Kelantan tiada idea tambah kewangan selain teroka hutan?



Tindakan Kerajaan Negeri Kelantan dari parti Pas yang mahu mengubahsuai pelan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) bagi mengurangkan kawasan hutan dilindungi selain rizab tadahan air terus dikritik pelbagai pihak.


Bagi Setiausaha KEADILAN Negeri Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, pemimpin Pas dalam Kerajaan Negeri seolah olah ketandusan idea untuk menambah sumber kewangan dan hanya melihat hasil hutan terutamanya balak untuk memperolehi dana.


Beliau tidak menolak langkah terbaharu yang diambil Kerajaan Negeri ketika ini adalah akibat kekurangan kewangan negeri kerana tiada pertambahan hasil baharu.


"Ada kemungkinan. Sebab dia (pemimpin Kelantan) hanya nampak alternatif untuk cari wang, balak yang dia nampak. Dari dulu saya tengok, 30 tahun lepas, hanya yang nampak sumber balak ini, diguna untuk dapat wang cepat.


"Mereka ini tak tahulah tak ada idea (urus negeri) ke macam mana? Sebab banyak sumber di Kelantan ini yang boleh diguna cari makan. Kita tahu di Kelantan ada pelbagai mineral (yang boleh dilombong)," katanya ketika dihubungi.


Bagaimanapun, kata Zinda Khalil, hasil mineral itu tidak pula diurus dengan baik.


Dakwanya, sering terdengar sumber mineral berkenaan dicuri atau diteroka secara haram yang merugikan Kerajaan Negeri.


Sepatutnya, kata beliau, kerajaan Kelantan bertegas dan memperbaiki pengurusan agensi negeri agar kecurian mineral dikawal dan boleh memperbanyak hasil cukai.


"Kalau ikut cara betul macam emas, REE, timah boleh memberi sumbangan kepada rakyat Kelantan.


"Di situ saya nampak banyak tidak kecekapan dalam pengurusan pada waktu ni," katanya lagi.


Beliau juga hairan dengan tindakan Pas menukar Menteri Besar (MB) Kelantan daripada Datuk Ahmad Yaakob kepada Datuk Mohd Nassuruddin Daud.


Katanya, di negeri lain apabila MB baharu dilantik maka pengurusan bertambah baik, bukannya mengulangi praktik pentadbdiran lama yang meneroka sumber hutan.


Minggu lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaan Persekutuan menolak cadangan Kelantan berkaitan pengubahsuaian KSAS di negeri tersebut.


Katanya, pengurangan KSAS akan memudaratkan hidupan liar dan mungkin berlaku pertembungan yang lebih kerap hidupan liar dan manusia selepas ini.


Nik Nazmi juga khuatir aktiviti guna tanah akan memberi kesan kepada pergerakan sedimen ke dalam sistem sungai yang menyumbang kepada kekeruhan air dan turut menyebabkan kejadian banjir atau malapetaka besar.


Bagaimanapun, terbaharu, Kerajaan Negeri telah mengumumkan notis pemberitahuan kawasan KSAS yang akan diubahsuai untuk bantahan awam.


Orang awam yang ingin melakukan bantahan boleh memuat turun borang bantahan di https://drive.google.com/drive/folders/1qz8Uu8qO6vj1vOY2LsVKcZDOLDATxd7O?usp=share_link��


Mereka boleh menghantar secara atas talian ke emel :







0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page